Wednesday, August 31, 2011

Rasa raya tanpa mak.



selamat hari raya.



1st raya -

bangun pagi masukkan biskut dalam balang comel. lepas tu bergegas berebut bilik air dengan abang ipar. HAHA! aku menang. mandi sunat aidilfitri lepas tu terus bersiap-siap pergi masjid. solat raya. salam-salam dengan semua then pergi kubur. ziarah kubur mak.


beza dia? selalu bangun pagi mak kejutkan. mandi. tahun lepas pegi solat raya dengan mak. tahun ni pergi dengan Fana. nasib baik ada Fana :) salam-salam haruslah ada mak. tapi tahun ni takde mak. duit raya takde dari mak. tangkap gambar tade muka mak. dan, dah bertahun raya tak ziarah kubur tapi tahun ni ziarah. kubur mak.





2nd raya -

bangun tengahari. tu pun sebab ayah kejut. 12.30 nak pergi raya rumah maksu. ok, bangun selepas sental-sental mata. penat gila semalam. then melepek rumah maksu dari pukul 12.30pm sampai 4.30pm. sembang-sembang-sembang dan sembang. lepas tu balik rumah abang dengan ayah tidur. along dengan kaknyah balik rumah mentua dah. aku? online sorang-sorang. owh. rayakah ini? dan.. makan di kedai.


beza dia? tak mungkin bangun tengahari. tak mungkin beraya 1 rumah jek. tak mungkin tidur di waktu petang camtu. dan, tak mungkin aku ayah dan abang keluar pergi makan kat kedai. dan ini aku baru balik makan kat kedai. di hari raya ke-2.




itulah beza dia. banyak lagi perbezaan yang tak dapat aku nyatakan. bukan malas tapi kurang rajin sebab banyak sangat. mak adalah watak penting di hari raya. dari memasak sampai la decide nak pergi rumah sape. raya kat mana. pukul berapa. semua mak.



besok aku nak pergi beraya dengan kawan-kawan aku. ayah dengan abang pergi beraya kat Sabak Bernam. mesti best jalan jauh di hari raya. tapi aku dah plan nak pergi beraya dengan kawan-kawan. huhu. tape lah. next week aku jalan jauh jugak. Shah Alam. here i come. walaupun aku tak ikhlas nak pergi kat ko, aku kena datang jugak. cisss!




ok, habis dah mengarut. kenyang sangat. nak tidur. ok bai.





entry ni tade gambar :D




* besok tade baju nak pakai. sedih tak?


-

mesti diorang lupa ni.









alkisah, selalu setiap kali merdeka mesti ada bunyik mercun bagai. tapi malam ni sunyi sepi. mana mercun? mana pommm pomm pommm??



aku rasa kebanyakkan manusia dekat dengan rumah aku ni semua sedang tido kekenyangan. mesti perut muncit punya lah. first raya kannn.. second raya tak happening da cam first raya. hehehe.







disebabkan itu aku rasa diorang mesti lupa kita di Malaysia ni dah sambut hari kemerdekaan yang ke-54. dorang ingat raya ke-2 jek. kekekeke. manusia, manusia :D




aku cakap sebab aku pun hampir terlupa. bukak facebook tengok status member wish merdeka! lorhhh.. teruk ko syue!








ok lah. nak tido da. hari ni penat gila babeng. btw, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-54 kepada semua rakyat MALAYSIA dan selamat hari raya :)




entry tak penah yang pendek. nak berjela jek. HAHA!






* duit raya tak bape nak ramai neyhhhhh.. ishhhhh :s


-

Monday, August 29, 2011

berakhir sudah ramadhan buat tahun ini. SELAMAT HARI RAYA!










di saat aku menaip entry ini, perut tengah kembung, telinga tengah bingit dengan bunyi bommm bommm tommmm tommm dari luar rumah. owh, galak sungguh mereka bermain mercun. raya weyh raya!



raya tahun ni lain sikit sebab :


1. takde mak T_T
2. mlm ni aka malam raya orang masjid datang rumah melaungkan takbir. ini best :)
3. baju raya siap last minit dan sangatlah tak cantik T_T
4. raya sebagai seorang single :')
5. rumah serabut sebab renovate tak siap. cilakak!



korang semua, di sini aku ingin memohon maaf kalau ada tersalah bicara, tersalah cara, tersalah kata, termakan entah sape-sape punya, dan segala macam ter.




buat fahmi naim, aku minta maaf untuk semua kesalahan aku dari tahun 2007 sampai 2011. aku minta maaf pasal kes mak aku, aku minta maaf pasal semua. tapi aku takkan maafkan ko kalau ko tak bayar duit aku. harap maklum.


last pic dengan ko.
mei 2011.





dan kepada mak, besok syidah datang tengok mak oke! tapi tak bawak bunga ros sebab ayah cakap taruk daun pandan jek. hehe. mak suka daun pandan jugak kan? :)) baju raya mak dah siap. tadi syidah ambik kat cik mar. cantik! hehe. tapi sayang, mak tak dapat pakai. ayah suruh along pakai. tak tahu dia nak pakai ke tak sebab glamour betul baju mak. HAHA! mak, besok tak dapat salam mak pagi-pagi raya. tak dapat duit raya dari mak. hehe. ok, sedih dah :)


last raya dengan mak.
raya 2010 :)





selamat hari raya korang =]




* apa makna raya tanpa orang yang disayangi?



-

Friday, August 26, 2011

Orang cakap, tak kenal maka tak cinta.







camne nak bercinta kalo tak kenal kan. =.="



dalam kes aku ni, sangat lah bermasalah nak berkenalan dengan orang. ya, aku sombong. gila sombong lepas putus cinta dulu. cis! (kata tak pernah bercinta. haha!)



ramai jejaka (perasan) makan hati dengan sikap sombong kemain aku ni. eyh~ tade la ramai. ada la 2 3 kucing berlari. tapi bukan apa, yang ngorat aku semua nya tak hensem.. tak kaya.. tade kerja bagus.. cam cilake kan? macam la ko bagus sangat syue! boooooooooo~



haha! susah la nak berkenalan dengan orang yang aku tak kenal. walaupun sebenarnya fungsi berkenalan tu memang la untuk yang tak pernah kenal. SUSAH!. bagi aku sangat susah. orang call pakai nombor tak kenal pun sah-sah aku tak jawab. kalau aku jawab aku silent jek. lantak p kat dia dok hello hello is anyone home ke apa. aku tetap diam. tambah diam kalau aku tak kenal sore sape. eeeeee~!!!!



yang kat fb apatah lagi. yang beratur nak tunggu approve da capai 60 orang. sikit? memang pun. yang tak hensem aku dah delete request awal-awal. HAHAHAHAHAHA! kejam!


banyak gila friendlist. HAHAHA! tuk kemudahan tu. keh3 :D






aku ada sakit apa ya? nak buka hati nak terima orang lain bukan susah pun sebenarnya. nak single pun takde masalah. tapi lagi sakit hati bila pergi mall ada couple jalan depan pegang-pegang tangan depan aku. kimokx betul rasanya. cam nak menunjuk kat aku pun ada.


" hyeee~ saya ada couple~~~~"

budus!



umur 22 takde boyfriend orang cakap tak laku ke eyh? wuuuuu~





HAHAHAHAHAHAHA!!!
(aku tak kenal siapa ni)








* oiii! dah nak raya!!!!!!! raya wei raya!!!!!




-




Thursday, August 25, 2011

raya. universiti. kelas. MALAS.




nak raya ni busy. update blog pown tak sempat. nak layan korea sampai lebam bijik mata juga tak sempat. kesian blog. kesian korea.




hari-hari ngadap biskut. hari-hari ngadap oven. lama-lama bulu hidung mengerekot sebab duduk depan oven. panas!




macam ni la nak raya. tadi dah ambik baju raya. eyh! tu bukan baju raya. tu baju nak pakai pergi kelas. al-maklum la. U dah nak bukak. yuran belom bayar tapi baju pergi kelas dah ada,



malas! ya, itulah ayat yang ringkas tapi tepat. malas gila! itu ayt tersangat tepat tu aku gambarkan. malas nak balik U. kenapa la degree lama sangat? seminggu pun dah cukup untuk aku study semua subjek. owh! GILA~



kad matrix aku mana???????????





-

Friday, August 05, 2011

Dilema Shopping Online.


Assalamualaikum ^^


sape sini suka shopping online? aku suka! banyak kali la aku shopping online. hehe ;p


source by Google



tapi aku selalu mengalami masalah kurang keyakinan diri. *eceh


ini kerana, bila satu-satu item tu harga dia sangat murah, otomatik otak aku pikir TIPU! then aku takut nak beli. bila harga mahal, pun aku tak beli. sengal bukan?


ni antara sebab kenapa aku selalu mengalami dilema nak beli barang online :


1. harga murah gila! contoh baju kita carik selalu harga rm30 ++ tapi dia jual rm20!!!

2. info dia tulis dalam bahasa cina. errr~ aku susah nak percaya. haha!

3. friendlist dia tak ramai. and kadang-kadang dia yang add kita. item dia jual murah gila!

4. kita tengok baju tu kecik jek model tu pakai tapi dia cakap muat sampai XXL!

5. takut tak muat.

6. tengok model pakai cantik aku pakai cam pokok krismes.

7. dan yang selalu bermain di fikiran, DORANG NI BETUL KE TIPU?




ni semua kerana nila setitik rosak susu sebelanga. aku tak pernah kena tipu tapi member aku pernah kena tipu bila shopping online ni. bila dia dah cerita kat aku, aku pun jadi was-was tetiba. tapi hati memang nak beli. tambah-tambah RM20 tu :DDDD murah gila!

source by Google


source by Google





and sekarang aku dah mula yakin shopping online. so far aku selalu shopping kat instagram. lagi satu site yang aku suka gila NILE! Item murah gila!!! dah la murah, baju cantikssss. plus tak mungkin tipu. ihiks. beli kipas pun aku beli kat NILE tu okeh. trust me :D


ok, last. HAPPY SHOPPING. lol ~


-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...