
"Syue! kau nak dengar cerita tak? Tadi kat office ada sorang mamat ni datang interview. Semua orang pandang dia. Handsome! Muka dia ala-ala pelakon Korea. "
Mas atau dikenali sebagai Mastura Zahari di laman Facebooknya kepoh bercerita perihal company lama aku bekerja. B2BE Sdn. Bhd. telah aku tinggalkan selepas mendapat tawaran sambung belajar di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Kenangan disana tak lama. 3bulan mungkin.
Mas kembali menyambung cerita. Katanya kawan sepejabat masing-masing ternganga melihat mamat konon Korea itu. Dalam hati aku pulak lain ceritanya.
"Handsome sangat ke? tak percaya pulak aku."
"Handsome! Kulit putih tapi mata dia tak sepet." kata Mas. Sungguh-sungguh dia memuji jejaka konon Korea tu. Aku masih seperti biasa. Selepas putus cinta, rasa macam tak kuasa cerita pasal jejaka. eceh!
Hari pertama Mas bercerita, cerita itu berlalu seperti angin. Hati aku juga buat endah tak endah. Biarlah kat dia. Orang handsome mesti dah ada yang punya. monolog aku sendiri.
----------------------------------------------------------------------------------------
Hari kedua Mas masih excited bercerita perihal remaja yang rupanya ala-ala Korea itu. Petang itu dia menelefon aku dari rumah Rehan. Kasihan Rehan. Dia keguguran. Aku taburkan lah sedikit nasihat sedangkan sah-sah aku tak tahu nasihat apa aku nak bagi. Masakan aku ada pengalaman keguguran sedangkan aku belum lagi berkahwin. Lawak pulak rasa tapi cayalah Rehan! Dia masih mampu chill!
"Aku nak bagi kat kau la mamat tu Syue. Ko kan single. "
"Eyh! Ayat kau macam kau berpunya pulak kan. Apsal tak kau jek try dia. Aku pas kat kau jela. Aku malas."
Mas tak habis-habis keneng-keneng kan aku kat mamat konon Korea tu. Apa pasal aku tak tahu. Sibuk dia nak aku try budak tu. Dia ingat budak tu patung ke apa nak tolak nak try. Tak paham sungguh aku dibuatnya tapi aku layankan saja. Rasa gatal sudah timbul sedikit demi sedikit. Ah sudah!
to be continued~
-
-


4 kutukan dan kritikan:
wah...member tu mcm agensi cari jodoh jerk...
Like33x..hi,by the way,ina budak puncak perdana jugak.selalu nampak akak dengan kawan2 akak.
suka la tu, ada orang nak sua mamat ala korea. hihihihi :p
encek rizaira : hahahaha.. die mmg cmtu :D
ina nadia : yeke?? npe ta tegur??? hehehe
jaA : tp ta dpt~
Post a Comment