Thursday, July 21, 2011

Dear Smokers.


Dear Smokers, Please get a plastic bag and cover yourself whenever you want to start smoking to enable you to enjoy the smoke 100% by yourself. I don't want any percentage of it nor do my friends who don't smoke. Don't kill me if you want to kill yourself. Regards, Your Friend :)

P.S.: dont u dare get near me... i will kill u!








Copy and paste this message to your profile (FACEBOOK/ TWITTER) to support the Keep-Smoke-Away Campaign



thank :)

support this link also. let's join!



-


Tuesday, July 19, 2011

Airmata Lelaki












kalau dulu orang dok pegang laki ni tak nangis depan orang. laki ni tak nangis kalau sakit. laki tak nangis. tak nangsi. tak nangis. macam la laki ni takde kelenjar air mata -.-'




tapi tu semua laki dulu. laki sekarang ni dah macam pempuan. jadi kan air mata point nak minta awek maafkan. point nak minta awek kembali kat dia. cam haram jek kan.




TAPI TAK SEMUA LAKI.



pempuan pulak memang dah terkenal dengan perangai lembut hati, murah hati, buta hati =.=" asal nampak airmata laki ni diorang pun mula la pikir bangang.

"owh! dia betul-betul nak aku."

" owh! dia menangis! tak sanggup tengok. nak kembali balik la."

" jangan la nangis sayang. I minta maaf ya. lepas ni I taknak kasi U nangis dah."


cam bodoh kan?



TAPI TAK SEMUA PEMPUAN CAMTU!



teman-teman sekalian. -poyo-

apa ada dengan airmata.? kita tak boleh menilai seseorang tu dengan airmata jek taw! sama juga dengan muka. ko tengok muka dia innocent jek padahal malam-malam pecah dara orang. cam sial!



ko jangan taksub sangat lah dengan airmata laki ni. tak semua airmata tu ikhlas. kadang-kadang, lakonan semata.


awek minta putus, beria menangis. "awak.. jangan la tinggal saya. saya sayang awak.. wuuuu."


awek ni sengal. dia pun terima balik.. padahal laki tu memang dah siap sedia betina lain. argh!! BODOH!





* pengalaman ni cerita benar sebab aku lah pempuan bodoh tu. -sekian-



sedih nya tengok pakcik ni. nape dia nangis?
- nangis camni aku caya. korang caya? -





-

Wednesday, July 13, 2011

Kenangan cendawan goreng.




tadi aku masak cendawan goreng! sedap! lazat! heee :B




teringat masa mula-mula aku makan cendawan goreng mak aku buat. selalu orang goreng cendawan pakai tepung kfc tu jek. tapi mak aku ni pandai masak. macam-macam dia masak tapi sayang, aku tak sempat nak menuntut ilmu dengan dia, dia dah pun pergi..




mak aku goreng cendawan ada pakai rempah. hehe. tambah-tambah sedap la cendawan tu. serius aku tak tipu!

resipi dia meh aku share dengan korang sebab ni jek yang sempat aku belajar dari mak aku..


bahan-bahan:

1. cendawan tiram
2. Biji rempah ( aku tak tahu korang panggil apa tapi aku panggil biji rempah)
3. bawang kecil 1 biji
4. bawang putih 2 ulas
5. tepung goreng serbaguna / tepung kfc
6. telur 2biji

cara-cara :

1. koyakkan cendawan ikut saiz yang korang suka. lagi kecik lagi rangup :)
2. tumbuk hingga hancur biji rempah, bawang putih dan bawang kecil.
3. pecahkan telur ke dalam satu mangkuk besar kemudian campurkan dengan bahan-bahan tumbuk tadi.

4. gaulkan cendawan yang telah dikoyak bersama dengan rempah dan telur tadi. gaulkan sehingga semua cendawan mandi telur ya.

5. panaskan minyak.

6. ambil sehelai demi sehelai cendawan tadi dan tempek kan dengan tepung kfc korang tadi. tempek sampai semua permukaan cendawan melekat dengan tepung.

7. goreng! :)))))




aku suruh sehelai demi sehelai sebab kalau korang goreng sekali, cendawan tu akan melekat antara satu sama lain. ini akan mengakibatkan bahagian dalam cendawan tak masak. dah tu tak rangup ler.. kelopak cendawan yang rangup terhasil dari kesabaran korang menggoreng. kalau tak sabar mesti korang dah gaul semua pastu campak dalam kuali kan? heeee :B



tips = jangan basuh cendawan dan biji rempah sebelum digunakan. cendawan yang telah dibasuh akan mengakibatkan ianya menjadi layu dan serap air. bila ini terjadi, telur tadi akan bercampur dengan air. biji rempah pulak, ianya akan menyusahkan korang bila korang nak tumbuk. bila basah dia melekat-lekat. cendawan tadi hendak lah korang ketuk-ketuk sikit tuk membuang pasir. tak payah basuh. ok???? :)



ada rasa nak try tak pasni? :P



this is biji rempah :)





-

Sunday, July 10, 2011

Kehilangan orang tersayang lagi sakit dari putus cinta.



4 MEI 2011

mak aku meninggal. 2hari selepas kami satu family bersuka ria ber cuti di Melaka. siapa sangka? Isnin mak balik Ipoh. Rabu mak pergi menghadap Ilahi. siapa mampu? tapi suami dan anak-anak mak kuat semangat. takde sorang pun yang pengsan. kami redha :)



tak sampai sebulan kemudian lelaki itu pergi. pergi konon nya taknak kembali. tak dapat melupakan kesalahan aku. tapi sakitnya tak sehebat sakitnya pemergian mak. untuk itu, aku lebih biarkan dia pergi. biar lah. mungkin dia bukan tercipta untuk aku.



sampai sekarang, aku lebih ingat mak dari dia. aku lebih menangis sebelum tidur sebab teringat mak dari dia. hati aku pun tak terbuka lagi untuk dia. lebih terbuka sekiranya Allah beri kesempatan untuk aku dapat kasih sayang dari mak. tak puas rasa nya. rasa macam cepat sangat mak pergi.


rasa menyesal masuk uitm sebab tak dapat tengok muka mak kat Ipoh hari-hari. tapi bila aku duduk rumah, aku dengan mak selalu bergaduh. HAHA! ada jek tak kena. ada jek yang buat mak bising. membebel. owh! rindu nya nak dengar bebelan mak. hehehe.. kalau dulu tak lalu nak dengar, tapi sekarang jadi RINDU!



hebatnya dugaan. ciuman terakhir kat pipi mak masa mak nak balik Ipoh. menyesalnya tak telefon mak sebelum mak pergi hospital. tak dapat dengar suara mak. tak sangka hari Isnin tu suara terakhir. tak sangka hari Isnin tu ciuman terakhir. siapa sangka? mak sihat.!



tapi dah 2bulan berlalu. ingatan terakhir tengok mak masih hijau segar lagi dalam ingatan. lihat jasad kaku mak masih teringat lagi sampai sekarang. terbujur kaku atas katil, diselimut kain batik lepas, ditutup muka dengan selendang. aku selak selendang tu. muka mak. siapa sangka? 2hari lepas aku tengok dia senyum. hari ni dia pejam mata rapat-rapat. tapi masih tersenyum. muka mak senyum. mungkin mak seronok tengok anak-anak dia baru sampai dari Shah Alam. aku cium mak. pipi kanan. pipi kiri. dahi. dagu. aku rasa puas! aku relakan pemergian mak. Allah sayang mak.



aku sedekahkan yassin disisi mak. aku mandikan jasad mak. aku kafankan tubuh mak. aku lihat mak masuk liang lahad. semua tu masih aku ingat 1 persatu. takde 1 pun aku lupa. lihat jasad mak ditimbus dengan tanah. luluh nya hati. mak pergi buat selama-lama nya.. tiada lagi mak.



sekarang, teringat mak, al-Fatihah yang mampu aku beri. tiada lagi ciuman. tiada lagi pelukan.






* semalam tak boleh tidur. teringat mak. aku menangis.






-

Friday, July 08, 2011

Perihal si bulu kening.






“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.).



"Mengilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas."


sumber : here :)






saja lah nak taruk sini sebab aku tengok makin lama makin ramai yang buang bulu kening. lupa hukum or buat-buat lupa aku tak tahu lah kan. kalau lupa, aku nak tolong ingatkan jek. kita kan sebagai umat Islam harus ingat mengingati. kalau aku buat salah, ingatkan aku jugak la :)



original kan cantik. lawa peee :D
(kening jek. bukan muka beliau)






* hukum dia dilaknat ALLAH s.w.t weyh! tak takut ke???




-

Sunday, July 03, 2011

eeee.. hidung ko banyak black head.



ekele. macam la hidung dia suci murni sangat. ta nampak sebab make up ta payah la nak bangga. haha! aku rileks jek tunjuk hidung aku ada black head. kau peduli apa!



tet!






perlu ke? haha.. biar pun kita cakap tak kisah tapi ayat tu makan dalam jugak kan? mesti balik rumah terus bedek (tengok) hidung. then baru perasan banyaknya bintik hitam! ada bulu roma lagi.. HAHAHAHA!

ada cara tak??? adaaaa!! aku baru jumpa tadi lepas usha-usha youtube.. hehe.. korang perlu guna 2 benda jek.. UNFLAVOR GELATINE dan SUSU! apa-apa susu pun boleh.. jangan susu ibu sudah :P







dah usha?? hah?? tak dapat tengok?? internet slow?? owhh.. tak mengapa.. meh kakak syue cerita. HAHA! rasa macam aku dah tua =.="



1- masukkan satu sudu gelatin kedalam bekas.
2- masukkan satu sudu susu (yang telah dibancuh) ke dalam bekas yang berisi gelatin tadi.
3- then kacau bancuhan tadi.
4- masukkan bancuhan tadi ke dalam mikrowave dan set time selama 10saat
5- bancuhan tadi akan nampak cair. ambil berus mekap yang korang dah tak pakai.
6- ambil bancuhan tadi dan tempek-tempek kat hidung korang. (make sure bancuhan tu tak panas sangat)
7- tunggu sampai kering.
8- dah kering, korek-korek laaa.. best!! hehehe.. nampak la segala sampah kat hidung tu tertanggal. yeah!!!




selamat mencuba :DD

Friday, July 01, 2011

salah satu cara nak lupakan ex-boyfriend.




ini entry untuk kawan aku jugak. alaaa.. yang kes putus cinta dulu tuuu..

bila dah putus mesti susah nak lupakan ex kan? al-maklum lah. bercinta bertahun kan. takkan putus hari ni besok dah lupa kan.. impossible. melainkan kau mengalami hilang ingatan. erm. bersyukur lah kalau mengalami kejadian sedemikian rupa. tak payah susah-susah melupuskan kenangan silam. HAHA!

ni tips untuk ex korang yang hati kering. dah putus ajak jadi member, omai omai. hard to say la kan. tapi member aku ni chill orang nya. hari ni dia nangis esok dia akan ketawa berdekah-dekah. haha. hati kering jugak tuhhh..

tips dia buat masa sekarang ni.

1- sama kan dia macam member korang yang lain. bahasa, panggilan, cara percakapan. harus sama. jangan bezakan. tak payah nak panggil nama ke, saya awak ke. annoying! kau takkan rasa dia member kalau kau panggil dia macam tu. euww. muak la weyh!



2- kalau ex korang tu still ada dalam friendlist facebook korang, jangan sesekali usha facebook dia. sumpah aku cakap. kalau korang usha, tambah pulak ada girl dok komen, in relationship dengan orang lain, or apa-apa lagi lah yang berkenaan dengan perempuan lain mesti hati korang akan merana. serius! ni member aku cakap laa.. aku tak pernah putus cinta lagi. tak pernah mengalami nya. oleh itu, sila jangan usha. nak komen status komen jela tapi biarlah status tu muncul kat feed korang. tak payah gatai tangan pergi bukak facebook dia. takde maknanya.



3- gambar kenangan bersama, sila la delete. tak rugi pun. kalau simpan, korang yang rugi. hehe! tak payah taruk harapan lagi. biarlah dia pergi. kalau ada jodoh, bertemu lagi. haaa, dat time snap la pic banyak-banyak. silap hari bulan, pic kawen sekali nyah :D



buang yang keruh, ambil yang jernih. tak semestinya kita putus dengan seseorang tu kita akan benci dia seumur hidup. even nora elena pun dapat maafkan perogol dia, inikan pulak memafkan insan yang melukakn hati kita. biasalah, manusia kan. semua akan melakukan kesilapan.



3 jek tips aku boleh kasi. itu pun kawan aku yang kasi taw la. dia cakap kowt-kowt satu hari nanti aku akan rasa putus cinta. boleh la aku follow tips-tips tu. HAHA!



sekian saja dari aku. assalamualaikum :))




* nikmatnya bercinta dengan manusia tak sehebat nikmat nya bercinta dengan Allah s.w.t. peace yaw!


-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...