Friday, October 15, 2010

Tips tangani jenayah melibatkan orang yang dikenali.


sekarang ni, keluarga sendiri pun boleh jadi orang yang tidak selamat bagi kita..ayah rogol anak, abang perkosa adik..kakak liwat abang (eyh! ada ke???)..

disebabkan dunia kita ni makin tak selamat, apa kata kita sama-sama cuba tangani ianya dari berlaku..senang jek..

1. Tanamkan sikap curiga biarpun dengan orang yang rapat dengan kita..kebanyakan jenayah rogol, pukul, cabul adalah dari kalangan orang yang kita kenali..jangan percaya orang 100% yaa..

2. sentiasa berwaspada terhadap sesuatu pergerakan atau perbuatan pelik daripada individu di sekeliling anda sama ada ahli keluarga, kekasih, jiran mahupun rakan.

3. Jika ingin pulang ke kampung dan menyerahkan kunci kepada jiran, pastikan anda turut memaklumkan kepada dua atau tiga jiran yang lain bahawa anda ada menyerahkan kunci kat jiran yang tu tu tu..bukan tak percaya tapi tuk keselamatan kan..hehe..

4. Bersikaplah seperti 'menjaga tepi kain orang' jika anda mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku di persekitaran anda..buat laporan jika ianya sering berlaku terutama kes dera..

5. Bagi ibu bapa, jangan benarkan saudara lelaki terlalu rapat dengan anak perempuan anda sehingga kelihatan melampaui batas..tanamkan sedikit rasa syak biarpun dengan saudara sendiri..

6. sentiasa berwaspada jika menyedari orang yang anda kenali mempunyai sejarah penyakit mental..jangan tinggalkan anak-anak bersendirian dengan mereka tanpa pengawasan orang lain..kang jadi kes sembelih depan mata aku tataw..huhu..

7. Jangan sesekali takut untuk membuat laporan sekiranya menyedari diri anda terdedah kepada bahaya,.jangan sembunyikan perbuatan buruk yang dilakukan ke atas anda biarpun individu tersebut adalah orang yang sangat anda sayangi..


*lebih baik dikatakan penyibuk, sombong, susah mempercayai orang dari kita menanggung segala kesilapan kita sendiri..lebih baik mencegah dari menanggung sendiri..hahaha..suka hati aku buat ayat..


sumber : majalah yang aku baca

2 comments:

ardinihumaira said...

kalo ikutkan hati nak lesing semua penjahat tu kan syue :D

Unknown said...

a'a! rse nk kasi pelempang zaman purba..haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...