Thursday, November 18, 2010

Cara tukar word "comment"..

salam~

tadi bukak formspring ada pulak yang bertanya macam mana nak tukar ayat comment kepada ayat pelik-pelik macam aku kat bawah tu..(kutukan dan kritikan).. Cik Ayuri yang tanya..siapa ye??




Kat bawah ni cara-cara dia..nak besar lagi sila klik gambar..terima kasih :)


1st..masuk Dashboard blog dan tekan Design.


Lepas tu klik edit seperti gambar di bawah ni.


lepas klik edit akan keluar 1 popup macam kat bawah ni..kemudian edit lah ayat apa yang anda suka di ruangan yang telah disediakan.


Selesai edit tekan button save..kemudian tengok lah kat blog anda dibahagian komen..ada tak?




berjaya? Harraz mengucapkan tahniah kat korang..hehehehehehe :D


Tuesday, November 02, 2010

kalau nak cantik...

bangun pagi.

- bangun pagi, senyum meleret macam baru lepas kena ngorat,

- bangun pagi, minum air masak banyak-banyak macam baru lepas mimpi duduk padang pasir.

- bangun pagi, cuci muka dengan air suam..ah! heaven gila sebab sekarang musim sejuk..aku duduk jepun..sekarang musim salji..menggeletar beb! <-- sah tipu!


time lunch.

- time lunch, makan makanan yang berkhasiat.

- time lunch pergi lah menikmati udara segar, tak payah over rajin duduk dalam office.

- time lunch bawak-bawak la pergi solat zohor..air sembahyang boleh mencantikkan dan menyerikan wajah..tak percaya? kolot lah ko ni sebab tak percaya...


time balik kerja.

- time balik kerja, drive dengan tenang sebab kalau kalut mesti muka korang akan kedut.

- time balik kerja cuba pasang lagu yang romantik, dalam kereta tengah jem anggur boleh senyum layan feeling sorang-sorang..hilangkan stress..

- time balik kerja..owh! ini kalau balik kerja awal la kan..singgah la taman kejap..tengok tumbuhan hijau..best owh! mata korang nanti cantik jek..hehe..


*tu antara tips-tips nak cantik yang sangat berguna untuk aku setelah menjadi pekerja yang kena bangun pagi-pagi..

* walaupun aku masih juga tak cantik-cantik, tapi Fahmi Naim kata aku comel..haih, berbangga..alhamdulilah la kan bf sendiri suka..HAHAHAHA!!



HAHAHAHA!! aku tak pernah curang..aku tak cantik la ea? HAHAHA!

16 tanda kematian yang mulia.

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)


2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)


3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)


4. Mati syahid di dalam medan perang.


5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?
Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.
Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.
Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)


6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)


7. Mati kerana tenggelam.


8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)


9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.


10. Mati terbakar.


11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)


13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)


14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.


15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).


16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.


*jom bersama-sama mengejar untuk mati dalam keadaan mulia..insyaAllah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...