Friday, May 27, 2011

i miss you, EMAK.




u know wat mak, 2day i really2 miss ur sotong masak sambal bcoz i make it 2day and da taste is BAD! and da most i miss 2day is u mak.

2day rifqi always crying. argh! thanx Allah bcoz abang still at home finishing his semester break till dis sunday. i dont know wat i have to do if he is not here, how can i manage dis home mak.

after u GO, i aways think, how u do all dis thing. cooking, washing, managing rifqi stuff and all u do everyday. how can u still have time to watching Indonesia drama at astro channel?? u r GREAT mak.! haha..

wateva i do, i will think bout u. walkin in dis house make me really2 miss u. see all ur stuff make me miss u a lot!! when i cook, i will imagine u r there 2 teach me how to cook. hahaha! r u there 4 me mak??

mak, we still cannot found who take ur stuff at the day u died. wat i know is the person is really2 pity person. dun hav brain 2 think dun have heart 2 see u "sleep tite" at living room. wat a pity person she/he was. rite mak?

mak, i pray u happy always. we will never forget bout u mak. NEVER :)

Al-Fatihah.

19.08.1963 until 04.05.2011

Tuesday, May 24, 2011

orang takkan paham kita.


cuba untuk luahkan tapi takut terasa hati.
cuba bertindak dengan tingkah laku, mereka takkan mengerti.
cuba merahsiakan rasa kecilnya hati, tapi takut mereka pikir diri ini selalu toucing.

apa yang kita mahu mereka paham, mereka takkan paham.. cara aku berbeza.. cara kau berbeza.. aku keras suara tapi lembut hati nya.. aku muka garang tapi menangis bila orang tiada.. aku juga manusia..

aku senyum tak kira masa tapi hati aku siapa dapat rasa?
aku senyum bila emak tiada mereka pikir aku gembira.
orang takkan paham..

aku penat nak berbudi dengan orang.
aku penat nak berbahasa dengan orang.
aku penat nak menjadi diri orang lain.
aku adalah aku,
kenapa aku perlu berubah untuk menjaga hati orang sedangkan orang tak jaga hati aku?
hipokrit kah aku?

aku tetap diam dan terus diam. aku tetap senyum dan terus senyum. tapi hati tiada siapa tahu. mereka pikir aku macam ni macam tu.. biarkan sebab aku pun tak lalu nak senyum padahal hati tak mahu..!!


* rasa diri ni bodoh jek -.-'

Sunday, May 22, 2011

saya ok konvo tanpa mak.

21 Mei 2011 - hari bersejarah untuk student PUO batch januari 2010 & julai 2010.. hari tu diorang terima sijil and diploma pada event konvokesyen PUO yang ke-40. wow!!

20 Mei 2011 - raptai hari konvokesyen PUO.. ok saje.. tade apa yang best.. yang best cuma 1 lah.. dapat tengok kawan-kawan seperjuangan time kat poli dulu. HAHAHA! ada yang semakin kering ada yang semakin gemok ( aku lah tuuuu.. ) tapi diorang still comel-comel macam dulu ;p

hari konvo - 21 Mei 2011 - timing yang di set sangat tidak betul.. kami sampai lambat.. masa otw boleh pulak jalan jem anggur gila + sesat!!! wth???!?!!?! macam mana boleh sesat aku tak tahu.. hahaha!! mungkin sebab otak dah sarat dengan macam-macam emosi.. but syue, still cool kan??? ;p

selamat sampai poli parking kat masjid then terus berlari cross jalan and pergi kumpul kat court futsal belakang p0li.. omG! berlari sambil memakai jubah konvo.??? hehe.. macam cerita hindustan lah! :DDDD tapi suka sangat time rushing-rushing tu.. tak tahu kenapa.. HAHAHA!

then selamat sampai dalam barisan.. excuse me.. mahu potong barisan!! hahaha.. mahu duduk dekat dengan mastura zahari.. HAHAHA! then jalan menuju ke dewan.. heee.. cuak pulak rasa.. emotional betul!! belum time nikah lagi.. HAHAHA! time tu dah start sesi snap menyenap dahhhhh.. bese ah.. POMPUAN! :D

masuk dewan duduk punya lama mak aihhhhh!! rasa mata dah stim gila dah! tersengguk-sengguk dengar ucapan + nak tunggu turn naik pentas laaaaagi lah lama gila rasa.. HAHAHA! bila dah tiba masa, tangan jadi sejuk tetiba.. KAH3:D

NURUL SYUHAIDAH BINTI KAMALUN BAHARIN - berjalan sambil senyum.. berjalan penuh yakin.. tunduk dan ambil sijil.. senyum dan TERIMA KASIH.. jalan menuju tangga dan turun.. ok!!! SETTLE sudah konvo diploma aku.. HAHAHAHAHA!!

dalam dewan tu ayah aku dengan Fahmi Naim yang masuk.. mak dah takde.. eyh! ni bukan ayat sedih lah.. saja nak bagi tahu lah kepada sape-sape yang tak tahu.. tapi aku tak rasa kosong pun.. along, kaknyah, abang semua datang.. hehehehe.. Fahmi Naim juga datang.. aku suka :)) TERIMA KASIH SEMUA!!!!! :DDDD

kawan seperjuangan..





big family.. alaaaa.. rifqi dengan harraz takde =.="


adik beradik dan ayah :))


yang menerima sijil :D


abang ipar ( suami kaknyah bapak harraz )


the only one brother.. HAHAHA!


kaknyah aka mak harraz..


ayah :))


along aka mak rifqi cinonet..



alaaaa.. gambar dak-dak kecik tu takde pulak.. hahaha.. time aku dah habis konvo, diorang tidur ler pulak.. tak dapat bergambar sama.. takpe lah.. insyaAllah konvo degree pulak ;p



* mak.. syidah dah konvo.. mak tengok syidah tak?? :)

Wednesday, May 11, 2011

Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah?




Terkadang kita terfikir :

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Teman sekerja yang tak 'ngam'?

Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?

Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?

Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?

(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)

((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.

Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.

Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Untuk lita'arafu..

Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.

Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.

Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..

Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?

Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...

Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,


Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?

Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.

And He Knows best.

Wallahua'lam.

Bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

* sumber - www.iluvislam.com

Monday, May 09, 2011

Perginya takkan kembali.






al-Fatihah buat ibunda tersayang yang telah pergi menghadapNya pada 4 mEi 2011 bersamaan hari Rabu pada pukul 10.25am.. semoga roh nya dicucuri rahmat dan dikelilingi dengan orang-orang yang beriman.


pergi nya tiada siapa menduga
perginya tanpa sakit derita
masih segar di minda
wajah ketika dia gembira
bersama kami semua di Melaka

mak, pergi mu terlalu cepat
pergi mu tiada siapa yang mampu sekat
kami rela kan pemergiaan mak
kami iringi dengan doa yang tidak putus-putus buat mak
semoga mak bahagia disana hendak nya
amin..


2 Mei 2011 -

hari akhir kami di Melaka. sampai klang rehat sekejap then mak, ayah, along, abg shahrin dengan rifqi balik Ipoh.. aku stay rumah kaknyah.. abang balik shah alam.. tiada apa yang lain.. sama seperti biasa cuma kami tak hantar mak sampai bawah.. hantar depan pintu jek..

3 Mei 2011 -

petang tu kaknyah dengan abang azrul hantar aku balik puncak.. hati tiada rasa apa.. sama seperti biasa cuma kaknyah ada call mak.. kaknyah cakap mak tak sihat.. agak terkilan sebab aku tak call mak.. hmmm..

besoknya aku ada paper IMC402 tapi hati ni malas sangat nak study.. honestly aku tak study langsung.. tak tahu kenapa..

4 Mei 2011 -

lepas subuh aku niat nak study.. aku duduk aku baca tapi takde satu pun yang masuk otak.. aku baring then terlelap.. dalam pukul 8 lebih kaknyah call cakap nak balik Ipoh.. mak sakit masuk wad.. kritikal.. kaknyah suruh aku balik dengan abang lepas jawab exam..

aku risau.. aku call ayah.. ayah cakap mak still dalam wad.. tak tahu macam mana.. aku fikir positif.. mak takde pape.. mak takde pape.. aku call along, along cakap baru nak gerak pergi hospital..

lepas tu terus aku letak nota masuk bilik air.. basuh baju apa semua.. petang tu nak balik.. hope baju sempat kering.. aku mandi.. tak lama lepas tu along call.. aku tak sedap hati.. lama baru aku jawab.. suara along nangis-nangis.. along cakap mak kita dah takde.. aku marah dia.. aku suruh dia cakap betul-betul.. dia cakap betul.. mak kita dah takde..

siapa sangka??? Allah itu maha kuasa.. dia boleh ambil nyawa bila-bila masa.. tapi banyak yang aku terkilan.. kami semua sebagai anak tiada disisi mak di saat-saat akhir mak di dunia ni.. ayah pun takde kat sisi mak.. mak pergi sorang-sorang.. mak pergi.. baru semalam rasanya tengok mak berenang dalam swimming pool.. baru semalam rasanya mak marah aku cakap garang-garang.. baru semalam rasanya tengok mak main dengan Harraz dengan Rifqi.. semua terasa baru semalam.. tapi bila aku bukak mata luas-luas, itu semua sudah jadi kenangan.. yah~ kenangan yang kami semua takkan lupa..

hari ni 9 Mei 2011.. 5 hari dah mak pergi.. semalam hari ibu.. apa lagi yang mampu kami pikir hadiah untuk mak? hanya al-Fatihah yang mampu kami hadiahkan.. dibalut dengan keikhlasan.. dihias dengan senyuman puas.. semoga hadiah ni berguna untuk mak di sana.. AL-FATIHAH..







* we miss you mak..
-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...