Wednesday, March 30, 2011

Jadual Final.

27 April 2011 - IMC 407 - 9am to 12pm

29 April 2011 - CTU551 - 4.30pm to 6.30pm

30 April 2011 - MGT 420 - 9am to 12pm

4 Mei 2011 - IMC 402 - 2.15pm to 5.15pm

7 Mei 2011 - IMC 401 - 2.15pm to 5.15pm


aku rasa aku baru daftar masuk uitm puncak perdana semalam =.="
tapi sekarang dah ada jadual final..
tak sedar dah nak dekat 4 bulan aku berada di atas gunung ni..
cepat kan masa berlalu???

GOOD LUCK SYUE :)

test at 9am..bukan 8am =.="


ok~ disebabkan demam, aku jadi sangat-sangat blur..semalam tidur awal..tak study p0wn!!! ;p

bangun pagi pukul 6.30am..solat subuh.. then sarapan..pastu mandi..pastu bersiap..pastu tengok jam pukul 8am..eyh! apsal syira ta datang ketuk pintu lagi ni..cuaca diluar memang sedap tidur la..hujan di pagi hari :D

pastu aku bukak la pintu..tengok syikin dengan berbaju kurung tapi tak pakai tudung..lol~ minah ni tak siap lagi ke? pastu dia tanya " eyh! cepatnyer siap..jap agi test pukul 9 kelas kat mana ye?"

HAHAHAHA! aku nak cover malu aku jawab la " tatw..cube ko tanye syira.." HAHAHA!

"syira tido lagi..." lol~ memang aku dah mereng..HAHAHA! macam mana aku boleh set kepala test pukul 8? kesian ko syue...

masuk bilik terus on laptop..apa lagi..fb time..blog ni sandaran jek :D

Tuesday, March 29, 2011

kesihatan vs. assignment vs. test



demam yang berlarutan..seleseme oke sudah setelah menelan 2 bijik dadah yang syira kasi..terima kasih kawan..memang dadah kuat ko bagi..sampai pentoi-pentoi aku..HAHA! demam pulak tak reti-reti undur diri..syok sangat bertenggek dalam badan ni..haih~ sabar lah hati..

penat settle ptptn belum habis lagi kowt ni..12pm til 7.30pm bertenggek dalam dewan budiman yang tak berapa nak budiman..haish! kalau lambat masuk duit, memang nak kena ptptn ni..HAHA! tak larat sangat ni..dalam kelas tadi pun senyap sunyi jek..olololo..mana ada i sombong fiza..i tak sihat jek..ish3 u ni..

hari ni hasi selasa..kelas 8-10..pastu aku tidur 10.30 sampai 1..pastu kelas 2 sampai 3.30..pastu aku tidur kul 4 sampai 7..bangun-bangun kelam kabut solat asar..adui..beratnya kepala =.=" badan tak stabil lagi..buat milo panas..makan 2 keping roti calat peanut butter..pastu taip entry ni..pastu aku nak mandi..nak solat maghrib pastu aku nak study..paham tak? aku nak study! besok ada test!



* bukak blog buat aku bengang sebab pikir nuffnang tak kasi BE kat aku dah..wtf betul la!!! :X

Monday, March 28, 2011

P.E.N.A.T

this week family aku kat ipoh datang klang rumah kakak aku..aku yang terpinggir kat atas bukit ni turun la ke klang hari khamis dengan kakak aku..JUMAAT TAKDE KELAS! bahagia kan?? :D

jumaat malam mak sampai..aktiviti pada malam itu hanya lah mengumpat dengan adik beradik dan kakak second aku sibuk promote catalyst vco kat abang, mak, ayah and kakak sulung aku..HAHAHA!

pagi sabtu takde program..abang ipar aku pergi uitm shah alam sebab ada program "selangkah ke uitm".. kitorang duduk melangut di rumah..BOSAN~~~~~~~ petang pukul 5 baru keluar..tang ni yang penat ni..dah lama rasanya tak jalan-jalan kat taman..kitorang pergi taman yang dekat wet world shah alam tu..mak ai~ penat beno rasenye..tambah-tambah bawak si Harraz yang baru belajar nak berjalan.. ish3..

hye..nama saya Rifqi ;)


ni budak nama Harraz..


dari kiri : along dengan rifqi, kaknyah, mak, ayah dengan Harraz.. aku tukang tangkap gambo..abang aku mana pergi entah =.="


family :)

family lagi :)


sayang atok :D


baru nak jalan tapi berlagak takmo pegang tangan orang.. kan dah makan rumput..HAHAHA!


Harraz dan Ummie..


termenung jauh nampak :)))


tengok! suka betul dia walaupun tak pandai main..nenek tunggu bawah..ummie tunggu atas..maksu tangkap gambar..hehe :))



lepas tu pergi makan..then jalan-jalan jusco bukit raja..omG!! sekarang tengah sale!!!!! wuuuu~ takde duit..sangat sedih la kan!!! tapi dapat baju sehelai..hadia beday abang aku kasi :DDDD

aktiviti hari ahad sangat bosan ah..kesian family aku..HAHA! aku kena pergi uitm shah alam..settlekan uitm..pukul 12 sampai..pukul 7.30pm baru settle!!!!! haih~ memang nak mencarut-carut rasanya..laaaaaagi penat dari kejar harraz kat taman..hahaha..

aku tunggu dalam dewan, family aku pergi jalan-jaan kat jakel, ariani..yeay! dapat tudung satu ;p
lepas settle semua, pergi makan..lapo gila! then menuju ke puncak =.=" ni yang teman tak gemo ni..huk3 :(

before balik kolej, kitorang pergi central mart dulu..beli barang aku..hehe..tak sapai RM50 pun taw..baguskan aku? hahahaha..tu pun sebab aku lupa nak kutip sabun mandi..keh3 :D beli koperasi jela jawabnya..hahaha..

habis settle semua, 10.30pm camtu aku balik ke sangkar perak..family aku pulang ke Ipoh..kaknyah and abang pulang ke klang..tinggallah aku sendiri di puncak versi gunung ni..huhu..assignment menunggu..test menanti..presentation menari-nari..aku boleh jadi gila =.="

urgh!!!

Saturday, March 19, 2011

Andai Lelaki Tahu.




Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .




Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

sumber : Facebook

Alamanda & Egg Tart KFC.

kfc egg tart..sedap sangat!!!! :))


maksu harraz and harraz :p


penat ummi harraz ikut kaki harraz..hahaha..belum jalan ag ni,..dah jalan tak taw ler camne ;p


nak suruh duduk diam masukkan dia dalam troli..harraz dapat kasut baru :D


budak tecik dalam troli tengah main kasut baru dia :D


tengah carik kasut harraz..kecik beno kaki nye..saiz 2..HAHAHA! :D


abang azrul santap steamboat..sedap2!


hobi harraz bila kat meja makan..tampo-tampo meja..hahaha :D


bihun tomyam aku..sedap weyh!!!!! makan kat johnny's steamboat..betul ke eja aku pun tak tahu..hahaha :D



dah lama nak upload pasal ni tapi tenet ni macam siput..nyampah aku..nak upload gambar pun tak lepas..bengang!!! hari ahad ritu keluar..hati tengah berduka sebab baru putus kan..keh3 :D

ada nampak muka berduka ke? HAHAHAHA!! :D

Thursday, March 17, 2011

I can do better.

next month tambah busy dengan test and assignment then final test!!! ..habis jek bulan 4 sila melompat dengan gembira sebab tamatlah sem 1 sebagai student uitm puncak perdana..ekele~ baru sem 1 da kecoh ;p

this time i wanna do better then before! yah! semangat sikit..tolong tiup-tiupkan semangat kat aku..aku lone ranger skunk ni..kalau dulu ada orang support dari tepi..sekarang ni dari belakang pun takde..sooooo sad :( hehehe..sape suruh kan? keh3 :D

past is past! now focus with my study.. cuti 4bulan nak kerja (kononnya)..simpan duit nak bayo ptptn nanti..HAHAHA! (kalau dulu simpan duit nak kawen ;p ) =.="

kelas pukul 4! sila besarkan mata oke syue! :D


* tak sabar nak sem 6 :D

Wednesday, March 16, 2011

Itulah pentingnya English Education.



haha~ aku tataw setan apa bertenggek kat mata aku ni..bila kelas BEL (Language Enrichment) jek mesti mengantuk tahap tak boleh tahan..HAHAHA!

Selasa Rabu kelas pukul 8am..dan 2hari tu jugak dimulai dengan kelas BEL..adoyai~ boleh bayangkan tak? mata yang stim-stim sambil tersengguk-sengguk..comel betul rasa! hahahaha..

agaknya sebab tula sampai sekarang tak reti cakap omputih kowt :D



i 'heart' dictionary oxford tebal 1732 mukasurat tak termasuk peta-peta, gambar-gambar dan sebagainya :D




* makin hari makin sayang :D

Wednesday, March 09, 2011

banyak benda nak update tapi terbengkalai.

ni semua gara-gara broadband yang macam tahi! aku nak update pasal kenduri naik buai rifqi tapi tak boleh..nak upload gambar tak dapat..sehari semalam baru settle gamaknya..siot tol!

aku balik hari tu tak dapat tukar broadband maxis ke digi sebab sibuk sangat-sangat..almaklum lah..kenduri kan..memang sibuk la..nak pergi jj ipoh pun tak sempat..bangun pagi cuci ayam 2 plastik beso..tapi aku buat 1 plastik jek..HAHAHA!!!

ada test pukul 8.45am jap lagi..tu pasal excited bangun awal buku tengok-tengok jek..HAHA! singular ada 's' plural takde 's'..tu jek aku baca..baca? aku tengok jek..hahaha! tiap kali ada TEST ENGLISH mesti tak tahu nak study apa..dari poli dulu macam tu..tawakal jek jawab ;p

hehehe..nak mandi ah! morning kawan-kawan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...