Tuesday, September 27, 2011

Jamuan Raya UiTM Puncak Perdana.




Khamis, 22 Sept 2011


UiTM Puncak Perdana ada buat jamuan raya. mula-mula kecewa lah sebab macam tak dapat attend. ada kelas. sobbbbb~


masa snap gambar ni mulut aku dah membebel-bebel sebab tak dapat pergi jamuan raya ni. snap dari tingkar 4. hahahaha. gila panjang lah jamuan raya neyh. :D






tapi disebabkan lecturer tu ada sifat bertimbang rasa, dia pun kasi kami keluar awal. HAHA! suka lah. terus tuju jamuan raya tu. tapi rushing-rushing ambik makanan sebab pukul 4.30pm nak keluar pergi tengok wayang.



owh! menu lagi satu. bihun goreng yang tak berapa nak sedap. aku tak habis pun makan. tapi syira habis. dia cakap lapar gila. hahaha :D





dalam rushing-rushing tu banyak makanan tak sempat nak ambik. actually bukan tak sempat tapi malas nak beratur panjang gila. antara nya ialah ayam panggang. sate. cendol. ni antara jenis-jenis makanan yang orang sanggup beratur panjang gila. haha.




syira dan saya.





dapat ambik nasi tomato, tauhu panggang, biskut raya, roti jala. itu je kowt. sadis~ kami lepak kat situ tak lama pun. haha.




gila ramai lah orang sebenarnya. semua lapar kowt tengok menu yang ada. HAHA!





last-last nasi tomato tak makan pun sebab tak sempat. da rushing-rushing nak keluar. balik tengok wayang nasi tomato basi sudahhhh~ membazir kan? ish3 :|



nak carik makanan pun tak nampak sebab penuh dengan orang. ish3~ sadis!




habis dah jamuan raya. entry tertunggak seminggu lepas. hahaha. after this entry pasal bini-biniku gangster pulak. haha :D





* tak rasa raya sebab tak pakai baju raya ;p


-

Thursday, September 22, 2011

Kalau dah nama nya perempuan, pergi joging pun nak bergambar. HAHA!







Assalamualaikum~ ^.^


al-kisah. semalam petang dalam pukul 6 bersiap-siap lah aku dengan roomate aku, Azue. niat nak pergi kuruskan badan. dan niat itu berjaya. tapi tak kurus lagi la. haha!




semalam memang best la joging. cuaca pun sedap. tak panas. aku pun poyo gila joging pakai sweater. cepat sikit berpeluh. HAHA!




kitorang joging dari kawasan UiTM Puncak Perdana sampai la ke perumahan depan puncak ni. lepak taman permainan jap kasi hilang semput then lari lagi sampai Kandang. singgah beli mineral then jalan masuk kolej. tak larat nak lari dah.semput~~



kebanggaan ku~ =.="



hye~ saya SYUE~



Syue dan Azue.



perasan nak jadi awek korea. acting like cute. HAHAHA!



Azue ni awek Sarawak~



Aku ni sewel jek rupanya.









time ni memang dah pancit sangat dah. HAHAHAHA!






habis dah sesi menguruskan badan. agak-agak kalau teruskan memang boleh kurus ni. HAHAHA!




ok bai~





* sedang dengar lagu raya dari bawah. hari ni ada jamuan raya tapi aku ada kelas. wtf?!?!!


-


Tuesday, September 20, 2011

Baju Kurung Coklat.

saya ada baju kurung coklat.
kenangan yang saya tidak suka.
kenangan yang boleh buat saya berduka.



saya ada baju kurung coklat.
dibeli oleh insan yang pernah bertakhta di hati.
dibeli oleh insan nun jauh di bandung sana.
pesanan dari buah hati.
haruslah dituruti.



saya ada baju kurung coklat.
saya gantung di almari.
ditelek di bedek setiap hari.
apakah wajar aku memakainya satu hari nanti?



saya ada baju kurung coklat.
diiringi kain batik warna sama.
warna yang tidak gemari.
tapi dibeli oleh kekasih hati.
pada suatu masa dahulu.
cuma aku. cuma aku belum sempat untuk memakainya.
di pagi syawal lalu.


saya ada baju kurung coklat.
disiapkan dengan selendangnya.
sudah disamakan dan dipadankan temanya.
niat hati mahu dirayakan.
tapi terkubur begitu saja.



saya ada baju kurung coklat.
saya akan sarungkan nya.
saya nekad. baju itu kepunyaan saya.
tidak diberi oleh sesiapa.
tidak dihadiahkan oleh sesiapa.
hanya dibeli oleh dia.
tapi tidak diberi.



saya ada baju kurung coklat.
saya akan sarungkan nya.
saya akan sarungkan nya.



baju kurung coklat.



* tengah-tengah pagi memang feel jiwang lara la. aku tak tahu kenapa. HAHA!

-

Sunday, September 18, 2011

Nikon Coolpix S2500 saya.









Assalamualaikum :)



Semalam aku pergi rumah kakak aku kat Klang. ada makan-makan sikit. abang aku ambik aku kat kolej. dia bawak awek dia. aku bawak awek aku. HAHA! aku ajak roomate aku follow sekali.




Lepas memenuhkan perut. aku dengan mereka bertiga (abang, Syahnaz, Azue) pergi Sunway Pyramid. saja mahu menghabiskan duit. banyak jugak aku habis semalam. ada la dalam rm500+-. total sebenar tak dapat dikenal pasti. HAHA!




sampai sana dengan berbaju kurung ayu nya berjalan penuh lenggok sopan. pusing dari sana ke sini. sini ke sana. dalam list ada beberapa barang yang perlu dicari. kasut. cooler. earphone. beg. itu barang yang besar-besar. barang kecil-kecil tak beli pun. keh3 :D


berbaju kurung jalan Sunway Pyramid. owhh~ ayu gila rasa. HAHAHA!




with Azue my roomate :)





with Syahnaz. Awek abang.






semua dalam senarai dapat dikesan dan dibeli dengan ringgit Malaysia ~ dapat la beli cooler RM10. kasut RM49. beg RM20. earphone RM9.90.





lepas tu makan pizza hut. aku belanja. almaklum lah. tengah kaya. makan pizza baru. TAK SEDAP PUN! =.=" lepas makan niat nak pergi i-city. kasihan kan kat aku. aku lalu depan i-city tu banyak kali dah tapi tak pernah sekali pun aku singgah. SEDIH KANNN~ T_T


ni la pizza yang banyak lapis tu. gaya pizza macam nak tiru domino's jek.


total~






kalau nak pergi i-city, kamera haruslah ada flash. tapi kami (abang, Syahnaz dan aku) pakai samsung corby aja. Azue pulak pakai nokia express music. mana ada flash kamera kami. aku call kaknyah cakap nak pinjam kamera. LOL~ kamera dia sudah berada di tangan adik iparnya. sobbbbb T_T




then kaknyah cakap " kamu beli la kamera satu. nampak la sikit mana duit ptptn kamu tu habis." eyh! betul jugak kan? niat dari dulu dah ada cuma along tak kasi beli sebab ayah baru beli kamera jugak. lorhh~ ayah kat Ipoh. aku kat Shah Alam kowt~~




akhirnya, tekad dan nekad aku pusing satu Sunway carik kedai jual kamera. dan, terbeli lah Nikon Coolpix S2500 dengan harga RM368 di kedai FOTOKEM. tak mahal tak murah tapi berbaloi.






pung pang pung pang tauke kedai tu kat kami. aku angguk-angguk senyum-senyum. dah nekad beli dia snap gambar kami sebagai kenang-kenangan..


aku dah edit kasi kecik gambar ni. tidak 12mp kowt. besar sangat rasanya.




dan ini kami snap sendiri untuk kenang-kenangan.



kredit to Nasrul Syukri bin Kamalun Baharin
(dari kiri : Syahnaz, aku, Azue)




last-last tak sempat pergi i-city sebab keluar dari Sunway Pyramid pun dah pukul 10pm. masuk kolej kena before 11pm. hampehhh~ hahahaha!




dan tamat lah sudah sesi habiskan duit. ok bai :)




* saya gembira bila dapat shopping.

-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...