Tuesday, May 25, 2010

how to survive a long distance relationship..



1. jangan kabur kan pasangan anda dengan janji manis yang korang fikir tak mampu nak buat..contoh :

a) walau dipisahkan laut cina selatan, tak perlu berjanji2, lautan api sanggup ku renangi, itu adalah kentut semata mata, cuba ko suruh dia berenang kolam renang dekat stadium tu, belum tentu lepas,

b) janji yang ‘bila kita jauh nanti, i akan call you hari hari, text u sejam sekali, email u pagi dan petang’..oh total crap

kenapa? sebab lelaki suka berjanji dan perempuan suka tagih janji..jadi, untuk elakkan perang besar di kemudian hari..tolong..tolong jangan merepek merapu janji itu ini, kalau nak sedapkan hati pasangan korang, fikir, benda yang korang yakin, mampu nak laksanakan…

2. kasik space untuk pasangan korang…jangan jadi wartawan percuma, paparazzi, mamarazzi, ohbulan,ohartis segala, nak pergi stalk pasangan korang tu 24/7

kenapa aku cakap macam ni? sebab cuba korang pikir jelas dan nyata..kenapa korang berada jarak yang jauh? sebab korang ada own life to live kan? korang perlu kerja, untuk sapot tanggungan, perlu belajar nak capai cita2, peru itu perlu ini…korang bukan berjauh semata-mata untuk menghabiskan 15jam sehari mengabiskan masa untuk partner korang…kalau korang rasa tak mampu nak kasik diri korang atau partner korang peluang untuk bernafas, sila re-think pasal long distance relationship, atau lebih baik re-think pasal relationship korang, boleh teruskan ke ni?

3. tapi, di samping tu, perlu jugak kita usaha untuk sustainkan relationship kan..jadi, salah satu caranya adalah dengan mencari masa untuk berhubung,tak kira macam mana sibuk ala presiden negera columbia sekali pun, tolonglah cari sedikit masa untuk partner korang…mungkin, seminggu sekali, mungkin sehari sekali…ingat! korang ber-long distance relationship ni bukan untuk menghancurkan perhubungan, tapi untuk me-ready kan diri untuk perhubungan yang lebih crius, jangan sia siakan masa untuk akhirnya membuang relationship korang dalam longkang, belajar menghargai pasangan korang yang sanggup berjauh 300-400/3000-4000km jauh dari anda!

4. tips seterusnya adalah..TRUST..masa awal aku bercinta, ada 0wg ajar aku, bercinta ni kena ada 3T (true, trust dan tolerate)…

5. kalau ada ekstra duit dan masa, tolong luangkan dengan dia, sebab apa, sebab dengan ni, dia akan rasa lebih dihargai..dan rasa berjumpa lepas beberapa bulan tak jumpa memang lgi best la kot dari jumpa tiap tiap hari, lagi pun penting nak jumpa beberapa bulan sekali ni, sebab banyak benda yang patut korang bincang face-to-face, yela, relationships are supposed to be heading somewhere kan?paham paham la, jangan membazir masa bercinta untuk tak tau apa…

6. pastikan korang ada kawan yang telus dan boleh dipercayai dan yang pasangan korang kenal, bukan apa, ni untuk pastikan korang ada tempat luahan perasaaan yang selesa, ye la kita manusia, sentiasa bergelumang dengan emosi ok? dan kawan yang baik adalah yang ada untuk anda, ke arah kebaikan bukannya menghancurkan anda dan partner anda..

c0py paste suda ;p

1 comment:

♡ Sutera Kasih ♡ said...

thanks...nk share kt fb la :]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...