Wednesday, October 06, 2010

Cara menyusukan bayi dengan betul.



sekarang ni macam kerap jek dengar bayi mati tersedak susu..hish! kesian kowt! bayi umur nak meningkat seronok main dengan diorang..dah pandai ketawa, senyum comel-comel, tegur-tegur orang..huhu..tiba-tiba jadi kejadian camni mesti mak ayah bayi tersebut sedih kan? T_T

tadi baca harian metro, then dapat la baca cara-cara bagi bayi minum susu dengan betul..

"Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas."



"Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi."



"Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur," katanya."



"Sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan, seterusnya ke dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan."


Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian.

"Kebanyakan ibu bekerja menggunakan buaian untuk memudahkan kerja. Namun ada yang menggoyang terlalu kuat mengikut irama suara anak, semakin kuat anak menangis, hayunan lebih kuat. Sebaiknya ajar anak tidak menggunakan buai atau membiarkan buai tidak bergerak."



sumber : Ketahui cara beri bantuan kecemasan.

2 comments:

ardinihumaira said...

bukan senang tugas ni sebenarnay kan. hu

Unknown said...

yah! sush..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...