Thursday, June 30, 2011

Sekarang ni ramai orang ketiak basah ea?



tadi aku buat sportcheck kat blog sendiri. eceh~

then aku usha la overview blog ak untuk ALL TIME punya. dulu aku cek first ranking entry HAPPY BIRTHDAY SYUE. dah lama tak cek. hari ni cek dah lain pulak.





entry HAPPY BIRTHDAY SYUE dah jatuh jadi nombor dua. nombor satu jatuh kepada entry TIPS CARA MENGATASI KETIAK BASAH. hahahahaha!! tahu lah sekarang musim panas, ramai eyh ketiak berbecak??? wahahahaha... macam-macam la korang ni..




apa-apa pun, terima kasih daun keladi. kalau rajin datang la lagi ea :))

Sunday, June 19, 2011

Melawat mak :')



bangun pagi solat subuh then kaknyah cakap tolong jaga Harraz, dia ngan abang Azrul nak pergi kubur mak. heh!! aku nak pergi jugak!! dah lama tak pergi tawwwww.. so, aku ngan abang pun follow la jenguk kubur mak :) mak.. kitorang datang tengok mak tadi.. mak nampak tak??

kubur mak dah siap. ayah letak batu sungai. tanya jugak kenapa tak letak batu nisan macam kubur lain tu. ayah cakap saja. hehehe.. takpe, mak suka mandi sungai. letak batu sungai pun ok jugak kan mak kan??

dah 1bulan 15hari mak pergi. tapi rasa mak ada lagi kat sini. mak tak pergi mana-mana. mak ada :)

sampai kubur duduk bersila sedekah yassin kat mak. semoga roh mak dicucuri rahmat disana. semoga mak bahagia disana. semoga mak seronok kat sana. semoga mak dikelilingi dengan orang-orang yang beriman. syidah rindu mak. rindu sangat. kalau mak balik, syidah dengar jek mak membebel, syidah takkan lari masuk bilik dah. janji :')






* susah nak percaya nama kat batu nisan tu nama mak. tapi kita kena terima qada' dan qadar nya. semoga ada hikmah disebalik setiap ketentuan yang ditentukan nya. Al-Fatihah buat mak.

Friday, June 17, 2011

Entry lepas kena attack dengan BEN ASHAARI.

jeng-jeng-jeng.

aku risau nak buat entry pasal Fatin Liyana semalam sebenarnya. aku risau sebab takut dituduh mencari viewer dengan menggunakan nama Fatin Liyana. tapi alhamdulillah, takde sorang pun yang komen macam tu.. nampaknya korang semua ada sama fikiran dengan aku :))

aku anggap ini rezeki buat entry pasal Fatin Liyana sebab tiba-tiba blog aku ada ramai orang view. gilax!!! aku pelik la kan tapi takkan la nak buat entry " apsal ramai usha blog aku?" hehehe.. tiba-tiba ada awek komen kat shoutmix "chemija singgah dr blog abg ben :) nak cer hangit??? link sini" owhhhh!!! aku terkesima =.=" abg ben??? ben ashaari tu ke? heh! biar bet0l!!


sekali lagi aku terkesima.. MUAHAHAHA!! gilax!!!!

omai omai.. rasa gila bertuah punya lahhh.. tak pernah blog aku dapat viewer masyaAllah punya ramai. pecah rekod 2tahun aku blogging r camni.. hehehe.. thanx abg ben!

korang tengok yang first tu dah la sebab lepas tu trafic kembali seperti biasa.. HAHA!



apa-apa pun, tetap syukur sebab nuffnang kasi hadiah lagi satu BE! o0o0o0 yeah!!! :))

kepada korang semua, thanx follow and wish congrate!


* nak beli Nikon D3000 + FULL SET? sila klik sini!!!!


-



Thursday, June 16, 2011

Macam mana Fatin Liyana boleh femes?

tadi aku jadi stalker. aku stalk blog awek comel FL. hehehe.. comel oke! auwww.. siapa tak kenal Fatin Liyana????

aku tengok dia start berblogging sama tahun dengan aku.. tahun 2009.. omai omai.. tapi follower dia ko tengok berapa? follower aku berapa?? arghhh!! sangat tidak puas hati.. huuuuuu =.= sekali lagi aku JELES :D

tapi kenapa ya?? aku baca first entry dia.. ehem.. berbeza dengan first entry aku.. first entry aku sampah tapi dia oke saja. ko tengok first entry dia berapa orang da komen? second.. third.. entry aku?? huiy0o0o0o0.. sangat berbeza.. cisss.. cissss...!!!

adakah sebab dia comel??

atau adakah sebab dia model???





dengan itu, watpe la korang nak bergaduh sebab blog dia pemes blog korang tak.. blog dia follower ramai blog korang tak.. takde maknanya.. buat tambah dosa jek.. apa kata korang majukan diri sendiri and tak payah nak ada hasad dengki dengan orang lain.. lagi baik bukan?

just fikir itu rezeki dia dan rezeki ko belum lagi.. kan laaaagi comel :) sama jugak dengan blogger pemes yang lain.. aku baca komen diorang ada jek yang komen cam tak pergi sekolah.. hokaloh.. ta suka ta payah baca. unfollow and tak payah bukak-bukak dah.. tak susah kan??

ish-ish-ish.. nasib baik blog aku tak pemes :D


* jangan jadi dengki dengan kemajuan orang lain. jadi lah malu sebab kemunduran diri sendiri. ambil iktibar dan cuba lagi. mana taw nanti korang jugak akan berjaya nanti :)

PEACE NO WAR :)

-



Sunday, June 12, 2011

Tenangkan jiwa supaya semua benda jadi sempurna.





Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100kali sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, ini dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8) Berpuasa
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan
Jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera






* fikir sebelum bertindak :))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...