Thursday, October 27, 2011

Sarawak! here I come :)

Assalamualaikum ^^



besok lepas habis kelas aku akan gerak ke Klang. tidur rumah kakak aku. besoknya pulak = Sabtu aku akan terbang ke Sarawak!!! yeah! yeah! yeah! can't wait! :)





pape pun bag belum pack. heeee :D






* away for 3days. bubbye my lovely blog :)

-

Thursday, October 20, 2011

18 Oktober 2011 - Terengganu vs Selangor
















Assalamualaikum ^^




untuk pertama kalinya aku pergi tengok bola kat stadium dan ingin aku katakan ianya sangat best!!!!!!! hahaha~ serius la best! seronok sebab boleh menjerit tanpa dilihat pelik oleh orang lain. seronok boleh melompat-lompat tanpa dilihat jelik oleh orang lain. sape tengok kitorang pelik tu memang dia lah yang pelik sebenarnya. hahahaha!


baru sampai. weee~




yang sudi membawa aku tengok bola. thanks semua :)
(Una, Miera, Anis)







plan asal aku nak pergi dengan Syira tapi tak jadi sebab boyfriend dia malam tu ada presentation. sudah kecewa tapi tak apa sebab Anis pula yang ajak. hehe. rezeki. tiket tak beli lagi so aku call kakak aku sebab laki dia, Abang Azrul pun tengok bola malam tu. minta tolong belikan tiket sekali. ok set sudah. cun!





lepas maghrib dalam pukul 7.30pm kitorang bertolak. jalan jammed! itu biasa. baru separuh akhir. belum akhir lagi. kalo akhir aku tak tahu lah bagaimana....... sampai stadium dalam pukul 8.00 lebih sikit. kowt ;p sampai-sampai terus call Abang Azrul sebab nak tiket. dah jumpa kitorang pun berpisah. dia sokong Selangor kitorang penyokong Terengganu :DDDDD





masuk stadium pusing jauhhhhh sebab kitorang masuk pintu penyokong Selangor. haha! tapi takpe, itu semua tak mematahkan semangat kami. kononnya.. dalam hati merungut jugak jauh laaa.. jauh laaaa... hhahahaa!! dah sampai tempat best kitorang pun duduk. buat muka excited.. tengok orang sibuk lalu lalang. eyh! ramai penyokong Terengganu yang hensem-hensem. tapi tengok jela :P




penyokong tegar Terengganu barangkali. dari awal game sampai habis bising jek mulut dia. dah ler tak reti nak duduk. kitorang ni puas usha bontot dia jelaaa.. hahahaha~









stadium mula gamat bila pemain dah masuk padang. mula-mula pemain Selangor masuk pastu pemain Terengganu. bising betul dengan bunyik trompet plastik tu. hahaha! BEST! :))






penyokong Selangor. ramai gila!



pemain Selangor masuk padang.


pemain Terengganu masuk padang.









pastu Terengganu masukkan gol pertama. then kedua pastu habis.. aku malas nak cerita detail sebab korang tengok tv kan? ada nampak aku tak? HAHAHAHA! lepas habis bola kitotang gerak pulang. sampai kolej 11.30pm. dah lewat!!! limit masuk kolej sampai 11pm jek. tapi kitorang ok jek masuk. tak kena tahan. alhamdulillah. tidak sia-sia melayang rm10 bayar saman.. HAHAHA!


satu jek tak best. asap rokok punya lah menusuk hidung. sila cover hidung anda :)





pulang. bubbye stadium Shah Alam. ada jodoh kita jumpa lagi oke! :)






tamat lah kisah tengok bola. lepas ni memang teringin nak tengok lagi kalau ada yang tolong bawakkan. heeeee :B



tahniah TERENGGANU!!!








* hari ni saya demam. ponteng kelas petang tapi saya baru balik dari Giant makan secret recipe. HAHA! :)))


-

Tuesday, October 11, 2011

Kalau aku tahu macam tu rupa tasiknya, takde kerja aku nak menapak pergi.










Assalamualaikum ^_^


ini cerita pagi Sabtu minggu lepas. kitorang (roomate) pergi joging weyhhh~ di pagi hari lagi.. kagum tak?? HAHAHAHA!



ini semua cadangan Cik Siti Mastura.. aku, Azue ngan Zue membontoti sahaja. hehehehe..






Zue, Siti Mastura, Azue :)




my roomate :)




pagi Sabtu lepas subuh kitorang bersiap-siap. mula-mula golek-golek atas katil dulu. macam malas sebab semalam nya tak dapat tidur.. tapi gigih la bangun sebab Siti Mastura dah bebel-bebel joooom laaa.. jooom laaa.. kitorang pun bangun cuci muka gosok gigi. tak payah mandi. mana ada orang joging pepagi mandi dulu.. kan? kan? kan? HAHAHA!



nak pergi tengok tasik. aku dengar tasik aku mesti la bayangkan tempat yang cantik. aku dah 2 sem kat Puncak Perdana ni tapi tak pernah pergi tasik dekat sini. gigih la nak pergi jenguk. indah sangat ke. rupa-rupanya indah khabar dari rupa. ceitttt!! ni bukan tasik! ni LOMBONG! dem~!!





taraaaaa.. ini lah "TASIK" yang indah itu :)





ini lah nama nya muka kuciwawawawa..







nak menapak punya jauh weyhhh! wa tak tipu. dah la tepi highway. i mean, jalan besar. bukan highway plus tu. hehe. sakit jiwa raga uolllsss~ menapak lama lepak situ 5minit je kowt! hahahaha.. tapi best nya udara pagi.. hmmm~ nyaman :))






see.. ini ialah "highway" nya. indah tak permandangan Puncak Perdana? hahaha!




berehat sebentar bersama angin bayu~ haish!





lepas tu jalan tanpa arah tuju. dalam pukul 10am balik bilik lepas borong nasik lemak dengan kuih muih. sarapan la konon. joging tak berapa. sarapan nasik lemak. HAHAHA!



yang penting, kita enjoy! :))








perempuan kannn.. mesti ada posing cenggini.. comel sangat la gamaknya tu. hahaha! kasut brand murah tu kasut aku. beli konon-konon nak naik broga hill. macam cilaka. HAHA!





* macam biasa. malas gila nak tidur =.="


-

Monday, October 10, 2011

Penat tapi seronok.

Assalamualaikum ^^


sekarang ni tengah tahan mata dari pejam. malas nak pergi tidur. penin aku~



tadi pagi sampai petang ada modul kemahiran insaniah kat U. wajib attend. ok fine~ sesi pagi pukul 8am till 1pm. sangat bosan + mengantuk. entah berapa kali aku tidur dalam dewan yang sejuk bedi tu. (maksud nya sejuk sangat)




sesi petang pulak pukul 2pm sampai 5.30pm. aktiviti sangat best. faculty tracking kowt nak panggil. sebab kena carik banyak-banyak checkpoint dan selesaikan tanggungjawab (pelik benar bunyi nya). nak panggil jungle tracking ta kena sangat lah sebab berlari dalam fakulti je pown. tapi sangat lah penat. dari tingkat bawah naik tingkat atas pastu turun balik then naik balik. omG! boleh pengsan. tapi kami berjaya!!! 4.30pm dah settle semua :)) hebat kan?




lepas habis tu rehat dulu. rasa dah hilang separuh nyawa. penat gila! pergi joging pun tak penat cenggini. lol~



gambar takde. orang tak upload lagi. dari kamera aku haruslah takde. since when aku malas snap gambar pakai kamera sendiri aku pun tak tahu. HAHA! layan kan saja.



owh~ hari ni birthday Fahmi Naim. alaa~ ex aku yang hutang tak reti nak bayar tu. tapi takpe la.. aku wish jugak birthday dia kat status fb aku. juga kat blog ni. happy birthday Fahmi Naim. even aku taw dia tak baca tapi aku wish jugak lah~ haha! this is the first year aku tak kasi hadiah birthday kat dia after 4years kitorang couple. but, it is okay with me. he also. i guess~ orang dah ada orang baru kannn :)



ok then.. nak gosok gigi, cuci muka, tidur. mood ngantuk dah datang. ok bai :)




* kenapa perempuan susah nak carik pengganti lelaki tapi lelaki senang jek carik pengganti perempuan. why?


-

Thursday, October 06, 2011

i-city for the first time :)

Assalamualaikum ^^



ni cerita dah lama tapi malas gila nak update. rajin taruk gambar jek. :p













haha!! annoying kan? aku pun sama. HAHAHAHA!






* aku sangat malas sekarang. ni semua sebab layan running man dengan we got married. belum layan hello baby lagi. arghhhhh!!!


-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...