Saturday, December 31, 2011

welcome 2012 :)

Assalamualaikum ^^


update biasa. rasanya hari ni semua orang update pasal tahun baru yang lagi berapa jam jek nak muncul. owh! 2012 :)


selamat tinggal 2011. segala kenangan akan aku simpan semat-semat dalam hati dalam benak supaya nanti aku boleh ceritakan dekat anak cucu aku apa dah jadi pada tahun 2011. banyak kenangan pahit manis dalam tahun 2011. semua nya akan aku ingat.


2011. tahun mak aku pergi meninggalkan aku dan semua. tahun 2011 jugak orang yang aku sayang tinggalkan aku selepas 4tahun bersama.



arwah mak..





kenangan manis 2011. aku takkan lupa. uitm melamar aku untuk jadi penuntutnya. rifqi muncul di dunia untuk menjadi anak saudara kedua. muncul ibu yang mengambil tanggungjawab mak dalam keluarga. dan juga majlis konvokesyen diploma aku. terima kasih semua. syukur atas segalanya. semua tu aku akan ingat. kenangan manis 2011..



majlis konvokesyen politeknik ungku omar..





ayah kawen :))



member-member sem 1 :D




majlis naik buai rifqi raziq :D





apa yang aku harap pada tahun 2012 ni tidak lah besar mana. takkan aku minta mak muncul semula. aku cuma berdoa semoga kebahagiaan, kegembiraan, keseronokan milik kami sekeluarga. kesihatan, rezeki semua dimurahkan dan dipermudahkan. insyaAllah.. aku juga berdoa semoga pelajaran aku berjalan dengan lancar serta mendapat keputusan yang cemerlang. aminn


aku juga berdoa semoga ada jodoh aku diluar sana baik-baik aje :P


happy new year to all blogger!! :))



* sekejap jek masa berjalan kan... hmmmm~


-

Thursday, December 15, 2011

Adat hidup sebagai student~

aku rasa lately aku selalu kena marah dengan lecturer. actually bukan aku tapi 1 kelas. HAHAHA! semenjak dapat paper test hari tu, lecturer kitorang asyik hangin jek. mana tak nya, kecewa la dia penat-penat ngajar tapi kitorang score paling tinggi 7/10 and paling rendah 3/10. nangis laaaa~



ditambah pulak dengan presentation seperti taik ayam. penat baca slide tapi haram tak explain pemende. HAHAHA! darah tinggi beliau mengajar kami yang lemmmmm ni..



4/1/2011 dah start final. last paper 19/1/2011 and aku adalah orang last yang akan berambus dari rumah ni. arghhh!! tension!



minggu depan kena submit 5 assignment. 2 hafazan (doa-doa dan ayat lazim), 4 presentation dan 1 test. terbaik lah kan. muka aku dah tak serupa muka sebab jerawat naik seperti cendawan selepas hujan. perghh! mata pun dah nak taknak jek bukak. silap hari bulan tutup terus :D



aku rasa semua student uitm sekarang tengah tension assignment dengan presentation. gambate!!!!



tengah pikir apa aku nak ambik for third language sem depan. hmmm~ nak ambik jepun tapi takde kawan pun nak ambik jepun. bahasa arab tak minat. mandarin pun tak berapa nak minat. german? france? bahasa siam takde ke? hahaha!



ok bye!




* sambung buat assignment :)

-

Saturday, December 03, 2011

Puncak Perdana tu indah :D







indah kan uitm puncak perdana? heeee :))






time ni aku dah penat buat assignment. aku sambung tengok we got married versi yong hwa dengan seohyun. lepas tu sambung facebooking. lepas tu aku blogging. sampai ke sudah aku stop buat assignment. HAHAHA! penat laaaaa!!!




sambungan cerita mamat konon korea tu masih tertangguh sampai la sekarang. bila aku nak update aku pun tak tahu. ini bukan kisah hangat-hangat taik anjing tapi aku takde mood. mood assignment, mood lapar memanjang, mood mengantuk semedang, semua ni mengganggu kehidupan aku. huarghh!! STREEESSSSS!! *kang gary :D



nanti bila ada mood aku update la. bukan ada orang baca pun. Mastura Zahari jek beria. and komen aku dah simpan sampai 21 komen sampai hari ni aku tak approve-approve lagi. aku rasa cuti sem nanti baru blog aku aktif balik. HAHAHA!




minggu depan ada surprise event. :))




bosan la dengan assignment! ok bye!!!




* besok nak keluar pergi pkns nak beli baju kurung. hmmmmm~


-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...