Friday, October 10, 2014

Late Update. Happy E-day Syue ^^



Assalamualaikum :)

akhirnya aku update. weehuu~ :D


7 Jun 2014 (Merisik)

31 Ogos 2014 (Tunang)






nak cerita pasal tunang jek. lol~

nak prepare tunang. dengar macam simple kan. tapi disebabkan kami gedik, nak hantaran pelamin bagai. jadilah complicated. dan kachingggg kachingggg banyak keluar.

hantaran tak deal berapa nak bagi. sukahati la nak bagi berapa kan. tapi serious saying. sembang pasal hantaran pun bawak gaduh bertinju. BAHAHAHA! so akhirnya aku bagi 19 dia bagi 13. urm kot?? aku dah hilang ingatan.





TEMA TUNANG,

sekali lagi ingin aku katakan. kalau bole diputar balik masa, memang aku taknak warna baju aku tu. HAHAHAHAA! tapi encik tunang ni cakap baju tu cantik. so aku pun beli la. rabak RM200 untuk baju sahaja. plus tudung, veil, jadi lebih lebih lebih la kan. huuuuu T__T

at first niat memang nak warna emerald green. tengah trend kan. hiks. dah survey dah dress emerald green. banyakkkkkk! screenshot merata. tapi harga nangis lah. almost semua RM300 above. bajet RM200 below jek benanya, tunjuk kat encik tunang semua dia tak kenan. hmph! complicated betul. akhirnya pakai la baju pink + hijau. bole imagine? kekekekeke.

tadaaa~ hee :) masa ni stress gila dengan kipas. habis penyek tudung :(



overall budget tunang ni memang unexpected la. hahahaha! bila dah total out secara random, bole buat kahwin dah kot? -..-

bajet memang dalam 5 ke 6k jek. sekali. wahahahaha! aku pun gelak bila tengok total majlis tunang aku. camni la nak cerita. once korang dah start planning and shopping, semua jadi lain. serius!! contoh kan. bajet nak beli hantaran not more than RM1.5k. sekali bila cari barang. semua nak. lari terus budget. kasut saja pun sampai dua. total out RM200++. untuk laki jek. belum untuk perempuan lagi. kasut aku sepasang jek dah RM189. tambah lagi 1 kasut. dah berapa. perehhhh~ 

ini bukan nak budget good-good. tapi ini budget sebab sayang. you nak? ok i beli. HAHAHAHAHA!!

so nasihat aku. bila nak buat preparation nak bertunang tu, bawak-bawak la kawal nafsu. aku taktau la korang camne. tapi aku dengan tunang aku memang gila masa nak tunang ni. tu baru hantaran. belum pelamin, tempat untuk barang hantaran, makanan, and benda-benda kecik yang lain. phewwww~


tapi alhamdulillah. semua dah settle. almost 2months dah jadi tunangan orang. next! planning for our wedding pulak. ikat setahun tapi kalau ada rezeki, dan jodoh sampai awal, awal la aku nikah. huuuu can't wait! :P





discussion. mode serious. :P

dah macam nak bernikah. aku taktau pulak masa tunang ayah kedua belah pihak kena ada akad. hahahaha.




alhamdulillah. jadi tunang anak makcik dah. thank you makcik :))

with ibu am. hehehe :D


left ibu am. right ibu aku.

left, ayah am. right, ayah aku.

with ibu and ayah :)

yeayyy! ni la tunang kita. hihihi. katik katik. bulat bulat. kahkahkah :D

last but not least. again. nak berterima kasih kepada semua yang terlibat. thanks family. kawan-kawan yang sudi datang. husband fana yang sudi jadi jurukamera free. and terima kasih kepada family tunang. maaf kalau ada terkurang. alhamdulillah. alhamdulillah..


p/s - nak story pasal mula-mula bercinta tapi nanti-nanti lah. krooohhh~ kroohhh.


-

Tuesday, April 15, 2014

Update.

assalamualaikum.


ni aku dah update. sape yang nak sangat aku update tu? sape? sape?  =.="


sekarang final sem. industrial training. 2months left tapi apa pun tak buat tak prepare. ni baru pas siap guideline. proceed sebab SV nak jenguk khamis ni. hmph!

latest update. aku dah ada boyfriend oi. ok bye!


-

Saturday, July 07, 2012

Seminar Keamanan untuk Negara : "Suara Mahasiswa 1Malaysia"




Assalamualaikum  ^^









keterangan dari entry ini. korang tengok tarikh post nya bila. hahahaha. boleh la nak dikira 2months ago punya story. tapi sebab nak naikkan BE aku kena taip entry jugak. keh3 :D




ni program under KARISMA. seperti biasa la kan. program KARISMA semua best-best ;p


program ni bertempat di putrajaya. lokasi betul aku lupa. al-maklum lah. dah 2 bulan punya cerita. ni semua gara-gara kat U aku pakai broadband. so, nak jimatkan limit, aku taknak update story yang melibatkan banyak gambar. now kat rumah boleh update dah ;p ( tak rasa macam aku membebel ke? )



bas ni kami yang punya. hahahaha!



with afika balkis ;)



dalam dewan. banyak universiti yang join. salah satunya uitm ;))



huru hara betul diorang ni..



program ni FREE. and kami pun TAK DIBAYAR untuk join program ni. aku ada baca kat satu forum ni cakap kami ni kena bayar RM50 seorang untuk support program ni. and bas UITM yang kami naik pun kena escort dengan polis. ini TOTALLY salah ye kawan-kawan. tak mahu cakap banyak. takut =.="















awek sarawak ;)


niat nak interframe kowt-kowt masuk tv. padahal tepi tudung pun tak nampak. cisss! penat jek berdiri punya lama kat situ. hahahahaha :DDD


dimulai dengan sarapan pagi. takde la sesedap event kat PULLMAN kan. hahaha. demand! tapi syukur la dapat breakfast free. heee ;D




time dalam dewan, dia ada cerita serba sedikit tentang kes letup-letup diri tu. seperti biasa aku lupa apa title ceramah tu  =.="  tapi serious ngeri la kan sebab dia tunjuk gambar-gambar yang berani mati tu. tapi aku agak bersyukur at that time aku tak pakai mata aku ( spek mata / contact lens ). so, pandangan blur and kosong~ kosong~ hahahaha! yang lain dok eee.. ohhh.. ahhh..



sayang dengan orang-orang yang menganut agama sesat ni. bagus mereka berjuang kerana agama tapi caranya salah. hingga membunuh diri. this is not good ye kawan-kawan. dan dia tunjuk jugak muka-muka yang volunteer nak letupkan diri tu, ada yang kacak. and yes! mereka muda! lagi muda dari aku. sayangnya.....


wakil-wakil uitm shah alam, puncak alam, puncak perdana ;)



lagi apa eyh topik nya aku pun dah lupa. ada unsur-unsur politik sedikit tapi ok lah. aku ok jek dengan semua ni. lepas habis sesi ceramah sesi penyerahan apa entah. ada masuk tv3.. as usual aku lupa. heee :B



lepas habis semua event sesi makan and balikkkkk..


makang!!!!

on the way pulang. hihi ;)




tamat sudah. hahahahahahaha :DDDDD



* apsal gambar kemik eyh????   =.="



-

Sunday, May 13, 2012

Karisma Event - Kem Jom Lepak PART 3


Assalamualaikum  ^^

sambungan dari entry kedua


Last day sudah. dalam hati seriously tak sabar gila nak balik. hahaha! tapi bila dah balik rasa macam nak pergi lagi. sebab ini :







hahaha. tahu berapa lama aku tak mandi sungai? sangat lama oke! sekali dapat sungai, eyh! air terjun, serius rasa heaven sekejap! haha.. air sejuk, best gila! tak dapat digambarkan dengan kata-kata. hahaha. over as usual ;p


pagi last day tu kitorang kena mendaki gunung untuk sampai ke tempat air terjun yang paling tinggi. hahaha. sepanjang perjalanan banyak kali nampak pacat yang tegak-tegak menanti kaki. eeee~ serius tak suka wa cakap lu. jalan pandang bawah. lebih berhati-hati dengan kaki dari kepala. sekali terkena kayu apa pun tak dapat. ni semua pacat punya pasal. haha.


lama jugak la nak sampai puncak. penat tak payah cakap lah. berapa kali aku semput. nampak sangat kau tak berapa nak sihat syue. baiklah bawak berkurus. keh3 :D


perjalanan kira-kira berjam jugak kowt. lupa lah pulak. tapi hasilnya sangat berbaloi. air terjun yang sangat best! Jue la paling best. pacat berapa ekor kat kaki dia. aku lari dulu. HAHAHA! alhamdulillah la pacat-pacat tu tak berkenan kat kaki aku. hahaha.






horror kan? ni kalau jatuh ni sedap buntot. hahahaha.



lokasi dimana dapat kesan 2 ekor pacat dikaki Jue. hahahaha.



settle sudah mendaki. kemudian menurun pulak. sampai bawah dah tengahari. bagi masa rileks, bersihkan diri, kemas-kemas beg then berkumpul untuk pulang. pukul 3pm pulang. huiii~ best!!!


before balik posing jap. hahaha :D



selamat sudah event ke-3 Karisma aku join. rakan siswa hebat! :D




* besoknya balik Ipoh menikmati cuti mid sem. keh3 :))

-

Friday, May 11, 2012

Friday, May 04, 2012

Setahun yang lalu....



Assalamualaikum  ^^

Salam Jumaat semua! semoga Jumaat yang penuh barakah ini diberkati Allah s.w.t


hari ni 4.5.2012 bersamaan setahun pemergian arwah bonda tersayang. cepat masa berlalu. rasanya baru lepas bercakap dengan mak. hihi :D


setahun yang lalu, time ni semua berada kat masjid. lepas asar arwah mak disembahyangkan. lepas tu dikebumikan. hmm~ selesai sudah urusan mak kat dunia ni. kita bila la agaknya kan?



pendeknya mak! hahaha :P
suka kan bergambar ngan Iqram neyh. hihi ;D






setahun yang lalu jugak aku tengah sibuk final sem 2. alhamdulillah semuanya selesai sudah dan sekarang aku berada di pertengahan sem 3 :))


setahun yang lalu jugak aku masih ada tempat untuk bercerita, mengadu domba (wah-wah ayat), dan mengalirkan airmata kalau rindu mak. tapi sekarang semua tu dah takde.


dalam masa setahun, macam-macam boleh berlaku. it's hard for me to believe all of this but kita sebagai orang Islam wajib menerima semua yang terjadi sebagai takdir. percaya qada' dan qadar. dan alhamdulillah tanpa mereka aku masih tersenyum dan bergelak ketawa. hihi. hidup mesti diteruskan! yeah!!!! (ok over)


4.5.2012 juga birthday kawan sekampung yang dah kawan selama lebih kurang 17tahun. haha! cik Amalina Alwi, happy birthday yaaa! kat blog aku tak mention umur.. HAHAHAHA! :DDD












ok you allz~ have a nice day :))))




* kerja banyak weyh! takde masa nak carik jodoh. huhhh!



-

Thursday, May 03, 2012

Great!




habis cuti sem. balik puncak. but now dah jadi macam duduk hutan. coverage celcom problem. already 1 week!! wtf!? handphone sekarang gunanya untuk alarm sahaja. nak dengar mp3 pun takde mood. tengok handphone "no coverage" . arghhhh!


hello celcom! aku tukar maxis kunk!! fuhh~ nasib baik broadband pakai maxis. kalau pakai celcom jugak aku tak tahu laa jadi apa.


apa pun tak bolehhhh!




* aku dah puas sabar. almost 1 year ko tak bayar lagi duit aku. wei, ko tak rasa berdosa ke hutang orang tapi tak bayar? nak kata tak tahu agama tapi ko reti cakap alhamdulillah. nak kata bodoh ko bakal cikgu. nak kata bangang itu MUNGKIN! shit! nyesal 100% sayang ko dulu! ya Allah, tenang syue tenang..


-

Monday, April 30, 2012

Karisma Event - Kem Jom Lepak PART 2




Assalamualaikum  ^^

sambungan dari entry pertama



lepas settle kisah jerat menjerat, tiba lah waktu untuk masak lunch pulak. kali ni lauk macam best sebab dia bekalkan ayam. sekali kena masak dalam buluh la pulak. adoyai~ tak pernah aku masak kari ayam dalam buluh. nasik pun kena masak dalam buluh. huhuhuhu.


first dia cerita la macam mana nak buat lubang kat buluh tu. then dia cerita macam mana nak masak nasik dalam buluh. dah habis cerita kitorang pun start la main masak-masak. ada kentang, ayam, ikan masin, beras, and bahan-bahan untuk masak kari.


kitorang mula menebuk buluh kemudian masak nasik. api kaum jejaka sudah nyalakan. kami kaum wanita ni cuci-cuci ayam, kupas kentang then potong-potong, cuci ikan masin, basuh beras masak nasik. seriously sangat susah nak masak nasik pakai buluh dengan unggun api. tak pandai nak bajet. maka terhasil lah nasi mentah + lembik. nak taknak kena makan jugak lah sebab dah takde choice lain. huhu. sedih betul!


gigitan cinta si pacat di kaki member aku, Jue. haha.

my group. gigih la kipas api nak masak nasi, sekali mentah. hahaha.

kari ayam jugak yang terbaik. lega sikit. at least masih mampu aku kunyah sebab ada kari ayam. hahaha.

nampak anak ikan tak??? heeee :D

sungai ni cetek jek. kalau dalam memang best ah berendam. huiiiii~ feeling la dengan kesejukkan airnya. hahaha.




settle sudah aktiviti di siang hari. yang lama nya time masak lah. boleh dikatakan semua group nasik mentah. hahaha. nampak sangat tak berbakat tinggal dalam hutan ;p


aktiviti malam pulak lemah sikit lah. dah penat kerja keras di siang hari, malam pulak kena redah hutan. ini semua memang gila! hahaha. dilarang menyalakan torchlight pulak tu. ni namanya aktiviti nightwalk. katanya nak suruh menikmati keindahan hutan di waktu malam. apakah?!?! dah namanya malam mana lah nampak apa-apa dalam hutan tu. huhu. sabar jela.


ouh! hampir lupa nak cerita. before jalan dalam hutan, bro tu ada sediakan makanan untuk kitorang. aku dah bayangkan yang enak-enak tapi malangnya makanan tu hanya mampu masuk 3kali jek dalam mulut aku. lepas tu rasa nak terkeluar. erkkkk~ aku tak tahu apa nama makanan tu tapi serius tekak aku tak boleh terima. kuehtiow tu direndam dalam air panas kemudian dicampurkan bahan lain. rasa kuehtiow tu macam rasa ginseng. aku rasa kalau sebab takde makanan lain memang aku tak makan even 1 suap. hahaha..



 
sebelum masuk hutan. posing dulu. haha!

time ni orang solat isyak dulu before masuk hutan


masa naik tu memang penat gila wa cakap lu. berjam jugak mendaki menurun mendaki menurun dalam hutan. cross sungai, panjat benteng, haih~ macam-macam lagi lah. lepas dah sampai rehat dulu. 


masuk hutan. nampak tak betapa gelapnya hutan tu. huhu.. kecut perut aku.



agak lama la kitorang rehat sampai nak tertidur. serius penat gila! lepas habis time rehat, ada ke patut bro tu suruh balik sorang-sorang. memang terima bangkahan laaaa. aku memang tak rela. bayangkan jalan dalam hutan sorang-sorang. tak mampu aku! buatnya kena culik dengan ehem-ehem tak ke naya. ceyh! jauh gila pikir. hahaha.


last-last bro tu bagi kelonggaran sedikit. di benarkan jalan berdua-dua. fuhhh~ lega gila! aku jalan dengan Jue and aku leading. ceyh! bila berdua berani pulak kan. dasar~ hahahaha! dia lepaskan jarak-jarak la sampai aku rasa dalam hutan tu aku dengan Jue jek yang berjalan. dah la gelap! tak boleh bukak torchlight pulak tu. fuhh~ 



us
Jue dan aku. siap bawak air tuh. hahahaha.


alhamdulillah semua berjaya tiba dengan jaya nya. disebabkan kami berjaya, bro tu cakap malam tu tak payah masak. dia dah sediakan makanan untuk kitorang. aku ingatkan kuehtiow tadi tapi alhamdulillah, makanan mewah sikit dari sebelum-sebelum ni. haha.. kami dapat habuan ayam panggang dan sosej panggang. katanya ayam panggang tu ayam yang terkena jerat yang kami belajar petang tadi. ye-ye jek. takkan sampai berekor-ekor. hahaha!


settle sudah malam terakhir kami. dalam otak tak sabar gila nak balik. kaki ni dah tak rela nak bergerak rasanya. sakit!! kalau lama lagi aku tinggal kat hutan ni mahu aku kurus aku rasa. hihihihihi :D



hari terakhir....



to be continue :)



-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...