Monday, April 30, 2012

Karisma Event - Kem Jom Lepak PART 1



Assalamualaikum  ^^


hari tu, 20 April 2012 sampai 22 April 2012 karisma jasa ada buat kem kat Hutan Lipur Gunung Nuang, Hulu Langat. aku dengan jayanya telah join event nih. pada mulanya asyik cancel confirm cancel confirm jek. last-last pergi jugak. gedik kan? haha :D


kem ni temanya lepak. so, takde tension takde kusut-kusut. kononnya lah! sekali nah kaw~ korang pernah tengok cerita survivor? haaa~ gitulah kitorang. fuhhhh !!


disebabkan 2hari 2malam so, gambarnya terlalu lah banyak. aku pilih ikut suka jek. gambar banyak sebab aktivitinya pun banyak. huhu~ tapi serius enjoy lah event ni. aku tak pernah berkhemah dalam hutan. berkhemah kat chepor, perak dulu pun tak seserius ini. berkhemah kat sekolah apatah lagi. tak mencabar langsung. sekali berkhemah dalam hutan banat baru aku tahu betapa seksanya. hahaha!


petang Jumaat. semua sibuk balik kampung tapi kami, karismarian sibuk packing barang. 5.30pm berkumpul depan pondok pak guard. bas uitm jemput ;p


row row row your boat! yeay! dah nak bertolak dahhhh.. bubbye puncak perdana!!!


bangga dengan Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Perdana. heeee :B


sampai sudah. aku tak tahu kenapa nama tempat ni lain tapi betul lah Hutan Lipur Gunung Nuang. hihi.


muka excited. baru sampai memang excited. huuuu.


lepas tu kena jalan lebih kurang selama 30minit untuk sampai ke hutan. time ni dah rasa kesusahan hidup sedikit. hahaha.


dah sampai kena ceramah dulu. pembuka bicara bak kata orang.  bro Uzer kasi tazkirah sikit


pastu bro yang bertugas menjaga dan mengajar kami hidup dalam hutan pulak berucap. aku boleh lupa nama beliau.. adoyai syueee..
 

lepas settle segala syarahan, kami diarah membangunkan khemah.. uiiii, penat jalan tak habis lagi now kena bangunkan khemah. terbaik ah sebab dalam bayangan aku khemah macam igloo tu. sekali nah kau. khemah bentuk A yang didirikan untuk tampung kira-kira 20 orang student perempuan. lelaki sangat untung sebab bilangan diorang sikit. huiiii~

dah blog aku, haruslah gambar aku jek bersepah. hihihihi :D

rajin membantu kononnya. ikat tali khemah kat batu. berjaya! syabas syue! syabas =.="

kerjasama yang bagus kan? inilah karisma! :))

jangan layan dak ni. mereng~
(sangap nak karok.)


siap sudah! boleh bayangkan 20 orang dalam ruang ini?


awek-awek sedang carik kayu api. kena masak pulakkkkk~

dah siap masak, apa lagi, melantak la. serius lapar tak hengat wa cakap lu.  tapi serius sedih la makanan dia. dah nama survivor kan. dia hanya bekalkan kat kitorang bihun, kicap, karot, kobis and kiub tomyam. garam gula adalah. yang sedihnya maksud aku, kami kena masak untuk 20 orang tahu. mana cukup kiub tuh. yang hujunh-hujung makan bihun, kicap, kobis, garam, gula jek. sedap tak korang rasa? haha. kalau dah lapar, apa pun sedap. keh3 :D


dah kenyang tidur time!!! ok, itulah aku dan jue. tidur di pintu khemah dan malamnya dihambat nyamuk, sejuk, embun bagai. dan kami tak mandi. serius! :D


ini khemah laki. bro tu cakap kalau hujan lelaki 100% basah. hahahahahahaha!




selesai sudah malam pertama kami dalam hutan banat tuh. perasaan lain macam alhamdulillah takde la. sebarang gangguan juga takde. bersyukur sangat-sangat lah kan. aku risau jugak sebab aku tengah ehem-ehem time tuh. keh3 :D


keesokkannya aku terjaga dalam pukul 6.30am atas sebab laungan azan oleh student lelaki. terpisat-pisat lah kami bangun. korang pernah jumpa toilet dalam hutan? memang takde la kan. so, korang tahu ke kat mana kitorang ni membuang? HAHAHA! jangan pikir! jangan pikir! aku ingat balik aku rasa dah serupa orang tak bertamadun. fuhhh~ belakang pokok pun jadi. air sungai pembersih diri ;p bukan buang dalam sungai oke! segan nak mampus even dengan batang pokok. rasa pokok tu menyumpah-nyumpah aku jek sebab mencemarkan tanah dia. HAHAHAHAHAHA!




pagi-pagi dah kena brain wash sebab tak tepati masa, khemah yang didirikan salah, dan ada yang tak makan malam semalam nya. bro ni bising la sebab makan tu penting sebab aktiviti banyak and perlukan tenaga. bla~bla~bla~ banyak lagi la dia bising tapi tu semua ilmu! paham??!??!


muka-muka bangun pagi and TAK MANDI. time ni bro tu tengah ajar kitorang cara nak guna kompas tapak (kalau tak silap aku laaa).

then kitorang kena bukak balik khemah yang tak betul tu and pindah ke tapak baru. tapak tu lebih luas dan  tapak tu ialah tapak sebenar perkhemahan. aku nak terangkan pun susah sebab gambar takde. time ni semua dah start busy. that's me. beg dah serupa cengkerang. dah la pinjam beg orang. taruk baju tak hengat  =.="


sebenarnya bukak khemah dulu baru kena brain wash.. malas aku nak edit...

breakfast. mee, cili giling, sosej, karot, telur. lalu nak makan? aku memang tak lalu la tengok  makanan tu. bukan tak bersyukur tapi serius tak boleh terima. dan sebab utama perut masih kenyang. hihi.


at the end, kami rebus telur 6 biji untuk kami 6 orang. rebus separuh masak then makan dengan kicap. heaven~ hahahaha!

muka tak mandi weyhhh~ apa nak buat. survivor kannn  =.="



aku tak ingat lah apa aktiviti kitorang lepas tu. haih~ nyanyuk sudah padahal baru seminggu berlalu.

aku tibai jela........


lepas dah settle breakfast, kitorang ada aktiviti macam treasure hunt la.. group aku kena carik botol yang penutupnya bewarna biru. hint yang diberi berpandukan kompas yang telah diajar time berkumpul tadi. and group aku dapat first place. cayalah group 3! :D


muka selepas berjaya jumpa semua harta-harta (kononnya). main anak ikan dalam sungai. hahaha.  best! dan sebenarnya tak sedar kaki dicium pacat. omG!




dah settle semua group, kami diarah berkumpul lagi. kemudian dimulai dengan group 1 kena masuk dalam air. aku tak tahu apa tujuan dia tapi aku rasa mungkin dia sengaja nak suruh kami mandi sikit. hahahaha.


lemas! wajib basah seluruh badan. tengah rendam kepala boleh pulak terantuk dengan jue (baju hitam). blup~blup~blup~ hahahahaha!



lepas tu kami diajar cara nak menjerat haiwan dan jerat-jerat yang orang dulu-dulu gunakan. aku tak berapa nak dengar sebab tak nampak pun jeratnya. hahahaha. dia explain 3 jenis jerat dan hanya 1 jerat yang menggerunkan aku. jerat tu kalau mangsa terpijak, zappppp, ditusuknya perut (or anggota badan yang lain). jerat ni katanya digunakan oleh askar melayu dulu-dulu untuk menyerang penjajah. selalu nya orang yang kena jerat tu confirm mati sebab kat mata pisau tu ada racun. fuhh~ bertuah kita tak rasa zaman perang. huhu.



next activity.............





to be continue :D






-

2 comments:

kura said...

20orang tu ok lagi. kerex utem, masa trip gunung bubu. 2 fly = 40orang. hahahh.. bayangkan bertapa seksanya kami tidoq. sobs.

*excited tunggu next entry!

syuE Syuhaidah said...

haha. kat uitm p0wn de kerex tp kem dkt2 cni jek rsenye.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...