Sunday, July 10, 2011

Kehilangan orang tersayang lagi sakit dari putus cinta.



4 MEI 2011

mak aku meninggal. 2hari selepas kami satu family bersuka ria ber cuti di Melaka. siapa sangka? Isnin mak balik Ipoh. Rabu mak pergi menghadap Ilahi. siapa mampu? tapi suami dan anak-anak mak kuat semangat. takde sorang pun yang pengsan. kami redha :)



tak sampai sebulan kemudian lelaki itu pergi. pergi konon nya taknak kembali. tak dapat melupakan kesalahan aku. tapi sakitnya tak sehebat sakitnya pemergian mak. untuk itu, aku lebih biarkan dia pergi. biar lah. mungkin dia bukan tercipta untuk aku.



sampai sekarang, aku lebih ingat mak dari dia. aku lebih menangis sebelum tidur sebab teringat mak dari dia. hati aku pun tak terbuka lagi untuk dia. lebih terbuka sekiranya Allah beri kesempatan untuk aku dapat kasih sayang dari mak. tak puas rasa nya. rasa macam cepat sangat mak pergi.


rasa menyesal masuk uitm sebab tak dapat tengok muka mak kat Ipoh hari-hari. tapi bila aku duduk rumah, aku dengan mak selalu bergaduh. HAHA! ada jek tak kena. ada jek yang buat mak bising. membebel. owh! rindu nya nak dengar bebelan mak. hehehe.. kalau dulu tak lalu nak dengar, tapi sekarang jadi RINDU!



hebatnya dugaan. ciuman terakhir kat pipi mak masa mak nak balik Ipoh. menyesalnya tak telefon mak sebelum mak pergi hospital. tak dapat dengar suara mak. tak sangka hari Isnin tu suara terakhir. tak sangka hari Isnin tu ciuman terakhir. siapa sangka? mak sihat.!



tapi dah 2bulan berlalu. ingatan terakhir tengok mak masih hijau segar lagi dalam ingatan. lihat jasad kaku mak masih teringat lagi sampai sekarang. terbujur kaku atas katil, diselimut kain batik lepas, ditutup muka dengan selendang. aku selak selendang tu. muka mak. siapa sangka? 2hari lepas aku tengok dia senyum. hari ni dia pejam mata rapat-rapat. tapi masih tersenyum. muka mak senyum. mungkin mak seronok tengok anak-anak dia baru sampai dari Shah Alam. aku cium mak. pipi kanan. pipi kiri. dahi. dagu. aku rasa puas! aku relakan pemergian mak. Allah sayang mak.



aku sedekahkan yassin disisi mak. aku mandikan jasad mak. aku kafankan tubuh mak. aku lihat mak masuk liang lahad. semua tu masih aku ingat 1 persatu. takde 1 pun aku lupa. lihat jasad mak ditimbus dengan tanah. luluh nya hati. mak pergi buat selama-lama nya.. tiada lagi mak.



sekarang, teringat mak, al-Fatihah yang mampu aku beri. tiada lagi ciuman. tiada lagi pelukan.






* semalam tak boleh tidur. teringat mak. aku menangis.






-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...