Sunday, September 26, 2010

Kanser Serviks | Kanser Pangkal Rahim.




Apakah faktor-faktor risiko terjadinya kanser pangkal rahim? Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:

  1. Hubungan sek pada usia muda
  2. Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  3. Merokok
  4. Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
  5. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
  6. Wanita yang mempunyai pasangan sek yang ramai.
  7. Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidapkanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawaujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:

  1. Perdarahan selepas hubungan sek (“postcoital bleeding“)
  2. Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
  3. Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
  4. Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
  5. Hilang selera makan
  6. Turun berat badan yang mendadak



untuk lebih faham tentang kaser serviks, sila tekan disini : kanser serviks.

mencegah lebih baik dari merawat :)

5 comments:

ardinihumaira said...

risau juga kan.. sebab ada yang belum kawen pun kena kanser ni. huhu

JMR said...

gud info..laki pon perlu tau gk kan...:-)

EmanTheHalia said...

sebenarnye syue. eman x larat bace. ngilu2 bace. tapi nak tau jugak sebab ttt !!!!!!!!!!!!! TTT! miss u! al fatihah.

Mr feckry said...

banyakkan makan sayuran dan buahan

Unknown said...

dni : hmm..tula..syue p0wn takut..huhu..

J.M.R : yup!

armouris : baiklah.

aiman : sbb die la syue taip entry ni..huhu..al-Fatihah..

feckry : erk! ok :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...