Thanks Followers :)

Tuesday, September 28, 2010

Kenapa perempuan merajuk? | Bagaimana mahu pujuk?


1. Cemburu:
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.


2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza iaitu ; merajuk.

Bagaimana nak pujuk?
(Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.)


1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata r0mantis;
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia; bucuk, comot, manjer, dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnya
HAHAHA!! tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, kawan saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Kawan saya pernah dendangkan lagu kepada kekasihnya. Dan mereka siap berkaraoke di dalam phone lagi. Mereka berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya
.

* HEHEHE! perempuan sikit mengada-ngada tapi mereka itu sebenarnya manja! :)

6 comments:

xira said...

syue.... nk share dalam belog xira bole dak?? >.<

syuE said...

boleh jek :)

ardinihumaira said...

dni senang je deen nak pujuk... sebab dni tak suka majuk.. suka ngada2 majuk je hehehe

Mr feckry said...

kalau lelaki yang merajuk?

mr.panda said...

panda pn nk share gk,tp lam fb je..msti syue bg punye kn.hehe..tq

syuE said...

dni : bgus la dni ni..tu psl deen syg :)

feckry : kal0 laki merajuk??? ee..buruk beno rpenyer! hahahaha..

panda : harus lah kasi :) tq!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...