Sunday, October 31, 2010

owh..begitu rupanya..


korang dah baca soalan aku pada entry yang lepas? pasal kenapa jari kita berbentuk ada panjang ada pendek ada gemuk ada kurus..kalau belum, sila baca disini ya :)

ramai yang kasi jawapan mudah, sebab Allah dah ciptakan macam tu..hehe..

kawan-kawan, kenapa ALLAH jadikan jari-jari kita macam tu?

Pertama, jari ibu - Jari ibu ini melambangkan agama ISLAM dan IMAN. Fizikalnya, ibu jari sangat penting, contohnya, jika makan, tanpa ibu jari, maka seseorang itu akan sukar untuk makan dengan sempurna. Apatah lagi, tanpa nikmat IMAN dan ISLAM, maka manusia itu bagaikan sudah mati sebelum mati. Na'udzubillahi min dzalik..

Kedua, Jari telunjuk - mewakili 'ilmu. Analogi mudah, apabila seseorang bertanya kepada sahabat, "Di mana masjid?" Selalunya kita akan tunjuk dengan jari telunjuk.

Ketiga, Jari tengah - Ini jari nafsu. Sekarang, cuba lihat jari anda. Kelihatan "jari nafsu" ini, lebih tinggi daripada "jari ilmu". Ini bermaksud, walau hebat sekalipun ilmu agama seseorang itu, nafsu tetap mendahului. Maka , sebab itu Rasululullah S.A.W. menggalakkan umatnya mendirikan perkahwinan sesegera mungkin.

Keempat, Jari manis - Jari manis ini melambangkan pasangan yang solehah. Perhatikan lagi jari-jari anda. Jari manis dan jari telunjuk mengapit jari tengah.Ini bermakna nafsu akan terkawal kerana dikawal oleh 'ilmu yang sahih dan pendamping hidup yang soleh @ solehah.

Kelima@Terakhir , Jari kelingking atau jari anak - Dah, namanya jari anak, maka melambangkan anak-anak. :) Jika menginginkan cahaya mata yang soleh dan solehah, terlebih dahulu jadilah soleh @ solehah, insyaALLAH, ALLAH menganugerahkan kita pendamping hidup yang soleh @ solehah. Semoga ALLAH memberkati baitul muslim yang dibina dengan mujahid dan mujahidah yang comel kepada kita untuk diasuh untuk menjadi kebanggaan ISLAM.

~ Subhanallah, indah ciptaan ALLAH. Cuma perlu difikirkan oleh hambaNYA yang berfikir. Fikirlah di landasan kebenaran, berpendukan wahyu ALLAH :)



3 comments:

ardinihumaira said...

SubhanAllah..

iamnerves said...

Subhanallah
oh...nice2...
dari tadi pk...
baru la boleh tido dengan aman skang..
lalala~

syuE said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...