Tuesday, October 19, 2010

Apa ada dalam ikan?

korang suka makan ikan apa? ikan sardin? ikan bawal? ikan merah? ikan sama jek duduk dalam air, tapi khasiat dia lain-lain taw..! jom tengok akam apa untuk badan sihat..hehe..

1. Ikan tenggiri (Mackerel)

- Kaya dengan omega-3, vitamin D dan selenium..selain itu, ia juga mengandungi tiga peratus asid lemak omega-3.


2. Ikan Salmon


- Dikatakan spesies ikan kedua yang kaya dengan omega 3 selepas tenggiri..tidak hanya mengandungi kadar omega yang tinggi tetapi turut mempunyai rasa yang enak..

3. Ikan Sebelah (Halibut) - aku rasa orang Islam panggil ikan sisa Nabi kowt..


- ikan jenis ni mempunyai kandungan omega yang tinggi, kurang sedikit dari ikan kod..

4. Ikan kayu / Tongkol (Tuna)


- Ikan Tuna kaya dengan vitamin D, B12, dan omega -3..tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak omega 3 kerana kandungannya terlalu lemah.

5. Ikan Kod (Cod)


- Ikan ini baik untuk menguatkan tulang dan gigi..memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung..

6. Ikan Parang (Wolf-Herring)


- mengandungi omega 3, vitamin A, dan C, Kalsium dan zat besi..

7. Sardin (Sardine/Pilchard)


- boleh didapati dengan harga yang murah dipasaran tetapi sangat berguna untuk sumber protein, zat besi, dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung didalam ikan-ikan yang disebutkan di atas..ikan sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.

8. Ikan Bilis (Anchovies)


- Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protein yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa..ia juga kaya dengan vitamin E, D, mineral dan kalsium.

4 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

suke ikan salmon especially dibuat sushi~!! nyum2..kalo tuna, best wat tuna goreng--tringat mkn kat jogja..nyum2..

ardinihumaira said...

dni suka ikan sadin ngan ikan bilis hik3

Mr feckry said...

ikan pari masak asam pedas..pehhhh

Unknown said...

khumaera : err..ta pnh mkn sushi..haha..

dni : 2 2 sodap!

akma : haha..ok :)

feckry : nede cter ikan pari kat ats ni =.="

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...