Wednesday, July 13, 2011

Kenangan cendawan goreng.




tadi aku masak cendawan goreng! sedap! lazat! heee :B




teringat masa mula-mula aku makan cendawan goreng mak aku buat. selalu orang goreng cendawan pakai tepung kfc tu jek. tapi mak aku ni pandai masak. macam-macam dia masak tapi sayang, aku tak sempat nak menuntut ilmu dengan dia, dia dah pun pergi..




mak aku goreng cendawan ada pakai rempah. hehe. tambah-tambah sedap la cendawan tu. serius aku tak tipu!

resipi dia meh aku share dengan korang sebab ni jek yang sempat aku belajar dari mak aku..


bahan-bahan:

1. cendawan tiram
2. Biji rempah ( aku tak tahu korang panggil apa tapi aku panggil biji rempah)
3. bawang kecil 1 biji
4. bawang putih 2 ulas
5. tepung goreng serbaguna / tepung kfc
6. telur 2biji

cara-cara :

1. koyakkan cendawan ikut saiz yang korang suka. lagi kecik lagi rangup :)
2. tumbuk hingga hancur biji rempah, bawang putih dan bawang kecil.
3. pecahkan telur ke dalam satu mangkuk besar kemudian campurkan dengan bahan-bahan tumbuk tadi.

4. gaulkan cendawan yang telah dikoyak bersama dengan rempah dan telur tadi. gaulkan sehingga semua cendawan mandi telur ya.

5. panaskan minyak.

6. ambil sehelai demi sehelai cendawan tadi dan tempek kan dengan tepung kfc korang tadi. tempek sampai semua permukaan cendawan melekat dengan tepung.

7. goreng! :)))))




aku suruh sehelai demi sehelai sebab kalau korang goreng sekali, cendawan tu akan melekat antara satu sama lain. ini akan mengakibatkan bahagian dalam cendawan tak masak. dah tu tak rangup ler.. kelopak cendawan yang rangup terhasil dari kesabaran korang menggoreng. kalau tak sabar mesti korang dah gaul semua pastu campak dalam kuali kan? heeee :B



tips = jangan basuh cendawan dan biji rempah sebelum digunakan. cendawan yang telah dibasuh akan mengakibatkan ianya menjadi layu dan serap air. bila ini terjadi, telur tadi akan bercampur dengan air. biji rempah pulak, ianya akan menyusahkan korang bila korang nak tumbuk. bila basah dia melekat-lekat. cendawan tadi hendak lah korang ketuk-ketuk sikit tuk membuang pasir. tak payah basuh. ok???? :)



ada rasa nak try tak pasni? :P



this is biji rempah :)





-

9 comments:

Miss Y and Her World said...

suka cendawan goreng gak. kenyal-kenyal rasa dia tu. tapi malas masak. so selalu beli kat pasar malam je. hehehehe. dasar pemalas punya anak dara ;)

Tips : Cara Mudah Kantoikan Boyfriend Curang
Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

nurfarahin zainal abidin said...

pehh senang je eh rupenye
dlu penah tgk membe buat
tp xjadi rangup pon
jadi hancur2
huhu
lepas ni leh la mencuba resepi akak ni :D

nadia said...

syuu.
syu blogger bertuah tu..
cer baca blog nadia ye.
www.nadiafarahida.com

:)

syuE said...

miss y : hehehe.. cendawan gorg ni rangup ye.. mne de kenyal2.. hehehe

nurfarahin : hehehe.. sonang jekkk :)

nadia : thanx!! :))

Yuyu Musa said...

yuyu sangat suke cendawan goreng tp xreti wat..hahahhaa


thanks syue..nnt uu try..

cik enon lalalaa said...

aku basuh jugak cendawan tu.. tp kena jemur dulu bagi kering balik..
then baru boleh goreng... hehehe

tp cara kau lebih senang =)

syuE said...

yuyu : laaaa.. sng jekkk.. hehehehe

enon : rjin nye ko tggu cendawan tu kering.. hehehehe ;p

merahitujambu said...

pergghh..tangkap leleh kot

syuE said...

merahitujambu : melelehhhh :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...