Wednesday, August 31, 2011

Rasa raya tanpa mak.



selamat hari raya.



1st raya -

bangun pagi masukkan biskut dalam balang comel. lepas tu bergegas berebut bilik air dengan abang ipar. HAHA! aku menang. mandi sunat aidilfitri lepas tu terus bersiap-siap pergi masjid. solat raya. salam-salam dengan semua then pergi kubur. ziarah kubur mak.


beza dia? selalu bangun pagi mak kejutkan. mandi. tahun lepas pegi solat raya dengan mak. tahun ni pergi dengan Fana. nasib baik ada Fana :) salam-salam haruslah ada mak. tapi tahun ni takde mak. duit raya takde dari mak. tangkap gambar tade muka mak. dan, dah bertahun raya tak ziarah kubur tapi tahun ni ziarah. kubur mak.





2nd raya -

bangun tengahari. tu pun sebab ayah kejut. 12.30 nak pergi raya rumah maksu. ok, bangun selepas sental-sental mata. penat gila semalam. then melepek rumah maksu dari pukul 12.30pm sampai 4.30pm. sembang-sembang-sembang dan sembang. lepas tu balik rumah abang dengan ayah tidur. along dengan kaknyah balik rumah mentua dah. aku? online sorang-sorang. owh. rayakah ini? dan.. makan di kedai.


beza dia? tak mungkin bangun tengahari. tak mungkin beraya 1 rumah jek. tak mungkin tidur di waktu petang camtu. dan, tak mungkin aku ayah dan abang keluar pergi makan kat kedai. dan ini aku baru balik makan kat kedai. di hari raya ke-2.




itulah beza dia. banyak lagi perbezaan yang tak dapat aku nyatakan. bukan malas tapi kurang rajin sebab banyak sangat. mak adalah watak penting di hari raya. dari memasak sampai la decide nak pergi rumah sape. raya kat mana. pukul berapa. semua mak.



besok aku nak pergi beraya dengan kawan-kawan aku. ayah dengan abang pergi beraya kat Sabak Bernam. mesti best jalan jauh di hari raya. tapi aku dah plan nak pergi beraya dengan kawan-kawan. huhu. tape lah. next week aku jalan jauh jugak. Shah Alam. here i come. walaupun aku tak ikhlas nak pergi kat ko, aku kena datang jugak. cisss!




ok, habis dah mengarut. kenyang sangat. nak tidur. ok bai.





entry ni tade gambar :D




* besok tade baju nak pakai. sedih tak?


-

1 comment:

Careila said...

sabarla syue..
syue jangan sedih macam ni..kesian kat mak syue kalau dia tau syue tengah sedih macam ni..
syue kene kuat ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...