Monday, April 30, 2012

Karisma Event - Kem Jom Lepak PART 2




Assalamualaikum  ^^

sambungan dari entry pertama



lepas settle kisah jerat menjerat, tiba lah waktu untuk masak lunch pulak. kali ni lauk macam best sebab dia bekalkan ayam. sekali kena masak dalam buluh la pulak. adoyai~ tak pernah aku masak kari ayam dalam buluh. nasik pun kena masak dalam buluh. huhuhuhu.


first dia cerita la macam mana nak buat lubang kat buluh tu. then dia cerita macam mana nak masak nasik dalam buluh. dah habis cerita kitorang pun start la main masak-masak. ada kentang, ayam, ikan masin, beras, and bahan-bahan untuk masak kari.


kitorang mula menebuk buluh kemudian masak nasik. api kaum jejaka sudah nyalakan. kami kaum wanita ni cuci-cuci ayam, kupas kentang then potong-potong, cuci ikan masin, basuh beras masak nasik. seriously sangat susah nak masak nasik pakai buluh dengan unggun api. tak pandai nak bajet. maka terhasil lah nasi mentah + lembik. nak taknak kena makan jugak lah sebab dah takde choice lain. huhu. sedih betul!


gigitan cinta si pacat di kaki member aku, Jue. haha.

my group. gigih la kipas api nak masak nasi, sekali mentah. hahaha.

kari ayam jugak yang terbaik. lega sikit. at least masih mampu aku kunyah sebab ada kari ayam. hahaha.

nampak anak ikan tak??? heeee :D

sungai ni cetek jek. kalau dalam memang best ah berendam. huiiiii~ feeling la dengan kesejukkan airnya. hahaha.




settle sudah aktiviti di siang hari. yang lama nya time masak lah. boleh dikatakan semua group nasik mentah. hahaha. nampak sangat tak berbakat tinggal dalam hutan ;p


aktiviti malam pulak lemah sikit lah. dah penat kerja keras di siang hari, malam pulak kena redah hutan. ini semua memang gila! hahaha. dilarang menyalakan torchlight pulak tu. ni namanya aktiviti nightwalk. katanya nak suruh menikmati keindahan hutan di waktu malam. apakah?!?! dah namanya malam mana lah nampak apa-apa dalam hutan tu. huhu. sabar jela.


ouh! hampir lupa nak cerita. before jalan dalam hutan, bro tu ada sediakan makanan untuk kitorang. aku dah bayangkan yang enak-enak tapi malangnya makanan tu hanya mampu masuk 3kali jek dalam mulut aku. lepas tu rasa nak terkeluar. erkkkk~ aku tak tahu apa nama makanan tu tapi serius tekak aku tak boleh terima. kuehtiow tu direndam dalam air panas kemudian dicampurkan bahan lain. rasa kuehtiow tu macam rasa ginseng. aku rasa kalau sebab takde makanan lain memang aku tak makan even 1 suap. hahaha..



 
sebelum masuk hutan. posing dulu. haha!

time ni orang solat isyak dulu before masuk hutan


masa naik tu memang penat gila wa cakap lu. berjam jugak mendaki menurun mendaki menurun dalam hutan. cross sungai, panjat benteng, haih~ macam-macam lagi lah. lepas dah sampai rehat dulu. 


masuk hutan. nampak tak betapa gelapnya hutan tu. huhu.. kecut perut aku.



agak lama la kitorang rehat sampai nak tertidur. serius penat gila! lepas habis time rehat, ada ke patut bro tu suruh balik sorang-sorang. memang terima bangkahan laaaa. aku memang tak rela. bayangkan jalan dalam hutan sorang-sorang. tak mampu aku! buatnya kena culik dengan ehem-ehem tak ke naya. ceyh! jauh gila pikir. hahaha.


last-last bro tu bagi kelonggaran sedikit. di benarkan jalan berdua-dua. fuhhh~ lega gila! aku jalan dengan Jue and aku leading. ceyh! bila berdua berani pulak kan. dasar~ hahahaha! dia lepaskan jarak-jarak la sampai aku rasa dalam hutan tu aku dengan Jue jek yang berjalan. dah la gelap! tak boleh bukak torchlight pulak tu. fuhh~ 



us
Jue dan aku. siap bawak air tuh. hahahaha.


alhamdulillah semua berjaya tiba dengan jaya nya. disebabkan kami berjaya, bro tu cakap malam tu tak payah masak. dia dah sediakan makanan untuk kitorang. aku ingatkan kuehtiow tadi tapi alhamdulillah, makanan mewah sikit dari sebelum-sebelum ni. haha.. kami dapat habuan ayam panggang dan sosej panggang. katanya ayam panggang tu ayam yang terkena jerat yang kami belajar petang tadi. ye-ye jek. takkan sampai berekor-ekor. hahaha!


settle sudah malam terakhir kami. dalam otak tak sabar gila nak balik. kaki ni dah tak rela nak bergerak rasanya. sakit!! kalau lama lagi aku tinggal kat hutan ni mahu aku kurus aku rasa. hihihihihi :D



hari terakhir....



to be continue :)



-

Karisma Event - Kem Jom Lepak PART 1



Assalamualaikum  ^^


hari tu, 20 April 2012 sampai 22 April 2012 karisma jasa ada buat kem kat Hutan Lipur Gunung Nuang, Hulu Langat. aku dengan jayanya telah join event nih. pada mulanya asyik cancel confirm cancel confirm jek. last-last pergi jugak. gedik kan? haha :D


kem ni temanya lepak. so, takde tension takde kusut-kusut. kononnya lah! sekali nah kaw~ korang pernah tengok cerita survivor? haaa~ gitulah kitorang. fuhhhh !!


disebabkan 2hari 2malam so, gambarnya terlalu lah banyak. aku pilih ikut suka jek. gambar banyak sebab aktivitinya pun banyak. huhu~ tapi serius enjoy lah event ni. aku tak pernah berkhemah dalam hutan. berkhemah kat chepor, perak dulu pun tak seserius ini. berkhemah kat sekolah apatah lagi. tak mencabar langsung. sekali berkhemah dalam hutan banat baru aku tahu betapa seksanya. hahaha!


petang Jumaat. semua sibuk balik kampung tapi kami, karismarian sibuk packing barang. 5.30pm berkumpul depan pondok pak guard. bas uitm jemput ;p


row row row your boat! yeay! dah nak bertolak dahhhh.. bubbye puncak perdana!!!


bangga dengan Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Perdana. heeee :B


sampai sudah. aku tak tahu kenapa nama tempat ni lain tapi betul lah Hutan Lipur Gunung Nuang. hihi.


muka excited. baru sampai memang excited. huuuu.


lepas tu kena jalan lebih kurang selama 30minit untuk sampai ke hutan. time ni dah rasa kesusahan hidup sedikit. hahaha.


dah sampai kena ceramah dulu. pembuka bicara bak kata orang.  bro Uzer kasi tazkirah sikit


pastu bro yang bertugas menjaga dan mengajar kami hidup dalam hutan pulak berucap. aku boleh lupa nama beliau.. adoyai syueee..
 

lepas settle segala syarahan, kami diarah membangunkan khemah.. uiiii, penat jalan tak habis lagi now kena bangunkan khemah. terbaik ah sebab dalam bayangan aku khemah macam igloo tu. sekali nah kau. khemah bentuk A yang didirikan untuk tampung kira-kira 20 orang student perempuan. lelaki sangat untung sebab bilangan diorang sikit. huiiii~

dah blog aku, haruslah gambar aku jek bersepah. hihihihi :D

rajin membantu kononnya. ikat tali khemah kat batu. berjaya! syabas syue! syabas =.="

kerjasama yang bagus kan? inilah karisma! :))

jangan layan dak ni. mereng~
(sangap nak karok.)


siap sudah! boleh bayangkan 20 orang dalam ruang ini?


awek-awek sedang carik kayu api. kena masak pulakkkkk~

dah siap masak, apa lagi, melantak la. serius lapar tak hengat wa cakap lu.  tapi serius sedih la makanan dia. dah nama survivor kan. dia hanya bekalkan kat kitorang bihun, kicap, karot, kobis and kiub tomyam. garam gula adalah. yang sedihnya maksud aku, kami kena masak untuk 20 orang tahu. mana cukup kiub tuh. yang hujunh-hujung makan bihun, kicap, kobis, garam, gula jek. sedap tak korang rasa? haha. kalau dah lapar, apa pun sedap. keh3 :D


dah kenyang tidur time!!! ok, itulah aku dan jue. tidur di pintu khemah dan malamnya dihambat nyamuk, sejuk, embun bagai. dan kami tak mandi. serius! :D


ini khemah laki. bro tu cakap kalau hujan lelaki 100% basah. hahahahahahaha!




selesai sudah malam pertama kami dalam hutan banat tuh. perasaan lain macam alhamdulillah takde la. sebarang gangguan juga takde. bersyukur sangat-sangat lah kan. aku risau jugak sebab aku tengah ehem-ehem time tuh. keh3 :D


keesokkannya aku terjaga dalam pukul 6.30am atas sebab laungan azan oleh student lelaki. terpisat-pisat lah kami bangun. korang pernah jumpa toilet dalam hutan? memang takde la kan. so, korang tahu ke kat mana kitorang ni membuang? HAHAHA! jangan pikir! jangan pikir! aku ingat balik aku rasa dah serupa orang tak bertamadun. fuhhh~ belakang pokok pun jadi. air sungai pembersih diri ;p bukan buang dalam sungai oke! segan nak mampus even dengan batang pokok. rasa pokok tu menyumpah-nyumpah aku jek sebab mencemarkan tanah dia. HAHAHAHAHAHA!




pagi-pagi dah kena brain wash sebab tak tepati masa, khemah yang didirikan salah, dan ada yang tak makan malam semalam nya. bro ni bising la sebab makan tu penting sebab aktiviti banyak and perlukan tenaga. bla~bla~bla~ banyak lagi la dia bising tapi tu semua ilmu! paham??!??!


muka-muka bangun pagi and TAK MANDI. time ni bro tu tengah ajar kitorang cara nak guna kompas tapak (kalau tak silap aku laaa).

then kitorang kena bukak balik khemah yang tak betul tu and pindah ke tapak baru. tapak tu lebih luas dan  tapak tu ialah tapak sebenar perkhemahan. aku nak terangkan pun susah sebab gambar takde. time ni semua dah start busy. that's me. beg dah serupa cengkerang. dah la pinjam beg orang. taruk baju tak hengat  =.="


sebenarnya bukak khemah dulu baru kena brain wash.. malas aku nak edit...

breakfast. mee, cili giling, sosej, karot, telur. lalu nak makan? aku memang tak lalu la tengok  makanan tu. bukan tak bersyukur tapi serius tak boleh terima. dan sebab utama perut masih kenyang. hihi.


at the end, kami rebus telur 6 biji untuk kami 6 orang. rebus separuh masak then makan dengan kicap. heaven~ hahahaha!

muka tak mandi weyhhh~ apa nak buat. survivor kannn  =.="



aku tak ingat lah apa aktiviti kitorang lepas tu. haih~ nyanyuk sudah padahal baru seminggu berlalu.

aku tibai jela........


lepas dah settle breakfast, kitorang ada aktiviti macam treasure hunt la.. group aku kena carik botol yang penutupnya bewarna biru. hint yang diberi berpandukan kompas yang telah diajar time berkumpul tadi. and group aku dapat first place. cayalah group 3! :D


muka selepas berjaya jumpa semua harta-harta (kononnya). main anak ikan dalam sungai. hahaha.  best! dan sebenarnya tak sedar kaki dicium pacat. omG!




dah settle semua group, kami diarah berkumpul lagi. kemudian dimulai dengan group 1 kena masuk dalam air. aku tak tahu apa tujuan dia tapi aku rasa mungkin dia sengaja nak suruh kami mandi sikit. hahahaha.


lemas! wajib basah seluruh badan. tengah rendam kepala boleh pulak terantuk dengan jue (baju hitam). blup~blup~blup~ hahahahaha!



lepas tu kami diajar cara nak menjerat haiwan dan jerat-jerat yang orang dulu-dulu gunakan. aku tak berapa nak dengar sebab tak nampak pun jeratnya. hahahaha. dia explain 3 jenis jerat dan hanya 1 jerat yang menggerunkan aku. jerat tu kalau mangsa terpijak, zappppp, ditusuknya perut (or anggota badan yang lain). jerat ni katanya digunakan oleh askar melayu dulu-dulu untuk menyerang penjajah. selalu nya orang yang kena jerat tu confirm mati sebab kat mata pisau tu ada racun. fuhh~ bertuah kita tak rasa zaman perang. huhu.



next activity.............





to be continue :D






-

Wednesday, April 25, 2012

Bukit Puncak Perdana Sudah ku Jejak. *poyo*




Assalamualaikum  ^^

firstly nak wish happy holiday to all uitm student (degree) yang sedang menjalani mid term break. hope seminggu cuti ni cukup la nak rileks kan otak ye. bukak sem ni rasakan test nya, assignment nya, kuiz nya, dan final project nya. bersedialah :D


before cuti hari tu, 19 April 2012 (khamis), aku dengan 4 lagi housemate aku pergi mendaki bukit Puncak Perdana. takde la jauh. kami pergi jalan kaki jek sebab belakang Fakulti jek. haha! semangat oke. plan nya sudah lama tapi time tu baru jadi.


kami bertolak lebih kurang pukul 6pm. sampai puncak paling atas pukul 6.20pm camtu. sekejap je kan sebab tak tinggi mana pun. tapi aku semput jugak la. gila kau. banyak lemak badan aku ni terbakar gara-gara panjat bukit tak tinggi mana tu. HAHA! belum broga lagi weyhhh :p


bergerak. kiri! kanan! kiri! kanan!


mendaki dan mendaki lagi. 


lepak jap. tangkap gambar. hihi. :)


ok. time ni semua dah ada kat atas. aku sorang jek kat bawah sebab dah pancit gila. denyut jantung aku pun aku boleh dengar dah time ni,. nampak sangat banyak kolestrol dalam badan. hahahaha :D



dah sampai puncak apa lagi. bergambar sakan la kami. konon nya kami lah orang pertama yang jejak kaki kat bukit tu. haha! padahal dah ramai warga UiTM Puncak Perdana menapak naik atas tu. kami jek lambat. hihihi. takpe, yang penting gagah mutu keunggulan. yeah!




ati, aku, azue :)



permandangan dari atas. pheww~ banyak jugak rumah kat hutan ni eyh. hahaha!


can you see the traffic jammed?


atie with azue.

atie with miera.

atie awek kelate. hihi :)

azue awek Sarawak.haha! :))

miera awek ganu kite! :D


oke. sangat sedih gambar aku dengan syira sorang takde. wuwuwuw ;(

us. timing setting. hihi :)

us again.

and again. hahaha :D

eyh! ada lagi. hahaha. seriously kat atas tu sangat best. udara nyaman. angin sepoi-sepoi bahasa. permandangan cantik. fuh! hebat ciptaan Allah s.w.t. :)

now you can see Puncak Perdana :)

with my roomate, azue :)

nice!

yeay!!! kami hebat!

aku tak tahu apa motif posing aku dengan miera. hahaha.

peace yaw!

dari bawah pulak kan. nasib baik takde dari atas. hihihi..

sunset.
 insyaAllah kalau ada rezeki nak panjat lagi :)





tiba-tiba guruh berdentum. kami semua risau la kan. nanti tak pasal-pasal rentung kat atas tu kena sambar petir. huhu. kami pun bergerak turun. masa turun tak sampai 15minit pun rasanya. ceyh! nampak sangat buntut berat kan. nak naik punya payah. HAHAHA! mungkin juga faktor cuaca yang buat kami turun dengan pantas. heee..




jangan tinggal daku!!

love in the air :)



sudah ditakdirkan. kami sampai jek bawah hujan pun rintik-rintik turun. phewww~ alhamdulillah. berjaya juga kami daki bukit tak tinggi mana tu. tapi yang penting, berjaya juga aku kurangkan lemak yang sedia ada. hehe~ kalau hari-hari daki insyaAllah pinggang akan kembali seperti dulu. ececehhh~ berangan kau syue! :D


bubbye bukit. nanti kita jumpa lagi. hahaha :D




* keesokkannya aku panjat gunung pulak. follow team Karisma Jasa. entry akan ditaip kemudian :)


-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...