Friday, October 22, 2010

Kejadian Bulan, Bintang, Guruh dan Kilat, Kabus.

hehehe..saja lah nak kasi taw pasal kejadian ni semua..

Hakikat kejadian bulan:

- Saiz bulan lebih kecil daripada matahari dan bumi kira-kira 385 ribu kilometer dan bulan berputar mengelilingi bumi.

- Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri dan ia bercahaya kerana memantulkan cahaya dari matahari. Semasa bulan berputar mengelilingi bumi, cahaya matahari memancarkan cahayanya ke beberapa bahagian permukaan bulan. Dengan inilah terjadi bulan sabit, bulan purnama dan sebagainya.


Hakikat kejadian bintang:

- Bintang-bintang yang bertaburan di angkasa sebahagian besarnya terdiri daripada gas hydrogen yang memberi bahan api kepada bintang untuk mengeluarkan haba dan cahaya.


- Bintang yang berada dalam suatu kumpulan atau gugusan dinamakan ‘al-Buruj’. Sekurang-kurangnya terdapat 100 juta bintang yang berada di langit dan yang terdiri daripda berbaga-bagai jenis saiz, daripada saiz yang kecil sehingga mampu mempunyai saiz yang berpuluh-puluh kali ganda dengan matahari.


Kejadian guruh dan kilat:

- Guruh terjadi disebabkan pengembangan udara yang kuat berpunca daripada kepanasan kilat yang sangat tinggi.

- Kilat terjadi akibat daripada tindak balas cas positif kepada negatif. Cas-cas ini bertindak balas apabila berlaku gerakan udara ke atas titisan hujan dan menyebabkan awan bercas dengan tenaga elektrik.


Hakikat kejadian kabus:

- Kabus ialah air yang terpeluwap dipermukaan bumi. Ia terjadi kerana pada waktu malam suhu akan turun dan udara lembab terpeluwap menjadi titisan air yang halus.

- Apabila matahari terbit, titisan air akan menjadi kering disinari cahaya matahari.

4 comments:

amira faqihah said...

NICE ENTRY ;D

Mr feckry said...

lu tengah hafal untuk exam

ardinihumaira said...

SubhanAllah...

Unknown said...

twinkle : tq :)

feckry : hah?? nede exam da..haha..

dni : =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...