Sunday, July 10, 2011

Kehilangan orang tersayang lagi sakit dari putus cinta.



4 MEI 2011

mak aku meninggal. 2hari selepas kami satu family bersuka ria ber cuti di Melaka. siapa sangka? Isnin mak balik Ipoh. Rabu mak pergi menghadap Ilahi. siapa mampu? tapi suami dan anak-anak mak kuat semangat. takde sorang pun yang pengsan. kami redha :)



tak sampai sebulan kemudian lelaki itu pergi. pergi konon nya taknak kembali. tak dapat melupakan kesalahan aku. tapi sakitnya tak sehebat sakitnya pemergian mak. untuk itu, aku lebih biarkan dia pergi. biar lah. mungkin dia bukan tercipta untuk aku.



sampai sekarang, aku lebih ingat mak dari dia. aku lebih menangis sebelum tidur sebab teringat mak dari dia. hati aku pun tak terbuka lagi untuk dia. lebih terbuka sekiranya Allah beri kesempatan untuk aku dapat kasih sayang dari mak. tak puas rasa nya. rasa macam cepat sangat mak pergi.


rasa menyesal masuk uitm sebab tak dapat tengok muka mak kat Ipoh hari-hari. tapi bila aku duduk rumah, aku dengan mak selalu bergaduh. HAHA! ada jek tak kena. ada jek yang buat mak bising. membebel. owh! rindu nya nak dengar bebelan mak. hehehe.. kalau dulu tak lalu nak dengar, tapi sekarang jadi RINDU!



hebatnya dugaan. ciuman terakhir kat pipi mak masa mak nak balik Ipoh. menyesalnya tak telefon mak sebelum mak pergi hospital. tak dapat dengar suara mak. tak sangka hari Isnin tu suara terakhir. tak sangka hari Isnin tu ciuman terakhir. siapa sangka? mak sihat.!



tapi dah 2bulan berlalu. ingatan terakhir tengok mak masih hijau segar lagi dalam ingatan. lihat jasad kaku mak masih teringat lagi sampai sekarang. terbujur kaku atas katil, diselimut kain batik lepas, ditutup muka dengan selendang. aku selak selendang tu. muka mak. siapa sangka? 2hari lepas aku tengok dia senyum. hari ni dia pejam mata rapat-rapat. tapi masih tersenyum. muka mak senyum. mungkin mak seronok tengok anak-anak dia baru sampai dari Shah Alam. aku cium mak. pipi kanan. pipi kiri. dahi. dagu. aku rasa puas! aku relakan pemergian mak. Allah sayang mak.



aku sedekahkan yassin disisi mak. aku mandikan jasad mak. aku kafankan tubuh mak. aku lihat mak masuk liang lahad. semua tu masih aku ingat 1 persatu. takde 1 pun aku lupa. lihat jasad mak ditimbus dengan tanah. luluh nya hati. mak pergi buat selama-lama nya.. tiada lagi mak.



sekarang, teringat mak, al-Fatihah yang mampu aku beri. tiada lagi ciuman. tiada lagi pelukan.






* semalam tak boleh tidur. teringat mak. aku menangis.






-

12 comments:

syah_iera said...

syue..kuatkan smgt k...
sdkh al-fatihah bnyk2..jgn sdey2..msti arwah mk ko pn xmo ko sdey..kuat ek..papepn jgn mysl pd takdir yg tlah dttpkn oleh kt...
be strong frenz..

They call me Fiki. said...

i'm sorry for your loss.
i remember waktu my grandma meninggal, i don't think i was as strong as you.

i was cursing, swearing, yelling, crying, shouting and acted badly towards her death.

i wish i was as calm as you, you're such a strong girl.

i'll be around if you need to hang out or talk or whatever =)

fiki
xx

Unknown said...

syira : thanx ya. hehe :)

fiki : tq dear :]

belog|amiyo said...

sayang mak kan? so, banyakkan amalan, jaga akhlak, ikut perintah Allah. insyaAllah mak bahagia dalam kubur. :)

Azlan Strider said...

takziah yer..pernah rasa situasi sama waktu arwah ayah dulu..banyakkan bersabar..moga rohnya didcucuri rahmat..

condolences,
-Strider-

Unknown said...

amiyo : insyaAllah :)

azlan : al-Fatihah bt ayh awk.. thanx ya :)

BudakBudak said...

entry yang buat aku menangis...

alfatihah utk mak awk..

huhuhuhuh

Unknown said...

arda : thanx arda.. erm.. jgn la nges :)

♛ Kerani Sekolah ♛ said...

syue.kt sama2 takde mak.ko lagi bertuah sebab dpt hidup ngn mak ko 22 tahun.aku sempat 13 tahun je.tpi memg ape2 pon mak kt yg dalam hati kt kan. :') bykkan doa moga Allah tempatkan mak kite dalam golongan org beriman di sisi Allah. makcik aku ramai cakap, mak aku beruntung pergi dulu dari suami, sebab suami reda pemergian dia, suami maafkan dosa-dosa dia.bertuah mak-mak kite ni :')

ir yien 9897 said...

sedih...

menitis air mata yien...

kuat juga semangat kamu.. =(

semoga mak kamu di tempat kan dengan org2 yang beriman.. :(

Unknown said...

naz : 22thn p0wn rse tak puas jgak.. T_T hmm.. mak2 kite mst sronok kat sne kn? T_T


ir yien : erm.. terima kasih.. aminnn :)

Anonymous said...

good story. sedih... thank you for sharing :) semoga roh mak adik ditempatkan dikalangan org2 beriman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...