Saturday, December 31, 2011

welcome 2012 :)

Assalamualaikum ^^


update biasa. rasanya hari ni semua orang update pasal tahun baru yang lagi berapa jam jek nak muncul. owh! 2012 :)


selamat tinggal 2011. segala kenangan akan aku simpan semat-semat dalam hati dalam benak supaya nanti aku boleh ceritakan dekat anak cucu aku apa dah jadi pada tahun 2011. banyak kenangan pahit manis dalam tahun 2011. semua nya akan aku ingat.


2011. tahun mak aku pergi meninggalkan aku dan semua. tahun 2011 jugak orang yang aku sayang tinggalkan aku selepas 4tahun bersama.



arwah mak..





kenangan manis 2011. aku takkan lupa. uitm melamar aku untuk jadi penuntutnya. rifqi muncul di dunia untuk menjadi anak saudara kedua. muncul ibu yang mengambil tanggungjawab mak dalam keluarga. dan juga majlis konvokesyen diploma aku. terima kasih semua. syukur atas segalanya. semua tu aku akan ingat. kenangan manis 2011..



majlis konvokesyen politeknik ungku omar..





ayah kawen :))



member-member sem 1 :D




majlis naik buai rifqi raziq :D





apa yang aku harap pada tahun 2012 ni tidak lah besar mana. takkan aku minta mak muncul semula. aku cuma berdoa semoga kebahagiaan, kegembiraan, keseronokan milik kami sekeluarga. kesihatan, rezeki semua dimurahkan dan dipermudahkan. insyaAllah.. aku juga berdoa semoga pelajaran aku berjalan dengan lancar serta mendapat keputusan yang cemerlang. aminn


aku juga berdoa semoga ada jodoh aku diluar sana baik-baik aje :P


happy new year to all blogger!! :))



* sekejap jek masa berjalan kan... hmmmm~


-

1 comment:

Mr feckry said...

Selamat tahun baru. Semoga tahun 2012 Allah menambahkan rahmat , murahkan rezeki dan menjadikan lu sebagai hamba yang paling Allah sayang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...