Tuesday, January 24, 2012

Kuching, Sarawak for the first time! :)

Assalamualaikum ^^



berikutan dengan entry ini, sampai sekarang aku tak update pasal Sarawak. HAHA! bukan busy tapi lebih kepada malas sebab paham-paham jela kalau pakai broadband yang "laju gila" tu kan~ so, bila dah balik rumah baru ada mood nak story.. heee :)


kat lcct. cita-cita nak jadi model tapi sebab dah gemuk tak jadi la nak jadi model. haha!





29.10.2011 - tarikh aku naik kapal terbang for the first time in my life! setelah berumur 22tahun baru ada rezeki nak naik. sokay! tetap bersyukur :D



aku pergi Sarawak dengan family kakak aku (kaknyah, abang azrul, harraz) and kawan office dia. flight pukul 2.15pm. cuaca diramalkan cerah. tak hujan :DD

on the way nak naik flight. patutnya tak boleh snap gambar kat sini tapi buat bodoh jek. batak la sebabnya. HAHA!





sampai Sarawak lebih kurang pukul 3.30pm camtu. aku pun dah lupa sebab peristiwa 3bulan lepas. HAHA! dah sampai van uitm ambil kitorang. owh! aku ni kira beruntung jugak la sebab transport free.. masa nak pergi jalan-jalan area Sarawak tu van uitm Sarawak yang ambil kitorang. haha~ tak payah nak pikir sewa kereta ke apa. hehe..


dalam van on the way ke hotel.
itu budak Harraz namanya :D





aku check in kat 360 Urban Resort Hotel Kuching. harga dia aku tak tahu sebab aku bayar sekali dengan harga tiket flight. total tiket aku RM350++ include flight pergi balik and hotel.



depan hotel :)


venue dari bilik hotel.


sementara tunggu abang ipar aku check in aku poyo-poyoan dulu. hehee :B




lepas check in, siap-siap keluar jenjalan. tak mandi pun. haha! jalan kat waterfront jek then pergi makan. kitorang makan dekat mana entah aku tak tahu. dia macam fooodcourt tepi sungai. haha! takde lah nice sangat. aku rasa driver tu pun tak tahu tempat menarik kat Sarawak ni. haiyaa~


signboard Waterfront pun nak snap. tak paham betul~!


aku dengan Harraz jalan-jalan kat waterfront.





"Arak Membawa Padah"
haha~








uishhh~ yang ni memang tak naik laa! korang tengok harga pun cukup. RM60 dewasa RM30 kanak-kanak. kowt la lepas kahwin nak honeymoon kat Kuching, time tu baru naik la kowt. hahahaha!







cadangnya nak makan mee kolok tapi nasib baik la tak order sebab mee kolok ni macam mee sup kowt. aku ni tak berapa nak gemar dengan sup. hehe. then order nasi goreng ayam jek sebab tak tahu nak makan apa. makanan semua pelik-pelik punya nama. lol~



lepas tu balik hotel tidur. kat Sarawak ni pukul 8.30pm kedai semua pakai tutup dah. pukul 6.30 dah gelap. haha! memang takde life la malam-malam. nak shopping pun tak boleh. hehe..



aktiviti besoknya - 30.10.2011 ialah menapak ke pasar serikin. pukul 7am kowt dah siap nak gerak ke sana. perjalanan agak jauh dan lama. tu pasal bertolak awal. pasar serikin ni tempat shopping kain-kain, telekung, and macam-macam lagi la. lebih kepada barang perempuan kowt. haha!


here is Pasar Serikin. nampak redup tapi hakikatnya panas gila! fuhh~ fuhhhh~





aku beli 2helai kain ela sulam and manik. then belikan 1 kain ela untuk Fana sebab dia pesan and 3 telekung untuk aku, Fana and Malina. then ada la beli t-shirt Sarawak 4 helai untuk aku, along, laki along and abang aku. yang banyak shopping kakak aku ler. dia untuk office la untuk keluarga mentua, keluarga sendiri and untuk diri sendiri lagi. huishhh~ haha!




tak boleh bukak mata sebab panas tapi macam tak rock jek pakai payung kan. payung tu buat koleksi kat tangan jek. HAHA!







untung la Harraz. sampai 2 kipas tala kat dia. mak nya punya perangai. nak shopping punya pasal. hahahaa!






yang berkhidmat. van uitm Sarawak. haha :D






kucing besar ni kat Kuching, Sarawak je kowt ada. kan? kan? kan?





lepas ke pasar serikin kitorang gerak pergi makan pulak. sampai ke malam la jalan nya. makan kat My Village Barok. nice place! suka sangat dengan restoran ni punya design. hehe. aku makan nasi ayam penyet jek. lol~ kat Ipoh pun ada kan. hahaha! aku tak reti la makan makanan pelik-pelik tu. ada satu makanan pelik yang diorang order. ayam masak dalam buluh tu. nama dia ayam pansoh. hehehe.



aku tak suka sebab rasa dia pelik. hish! rugi betul tak suka sebab kat Ipoh ni mana ada orang jual ayam pansoh tu. kat sana jek ada. haishhh! rugi-rugi!




* to be continued (aku penat ler taip)




-

4 comments:

Encik Troll said...

Harraz sangat comel. :)

.*.WiE.*. said...

wah.. bestnya jalan2 kat kuching.. insyaallah awal bln 2 ni saya pun akan ke sana..

syuE said...

troll : die mmg comel p0wn! hehe

wie : have a nice trip! :))

EZAD AMIR said...

huiyoo..sakan berjalan ye...bez la dia..hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...