Friday, February 10, 2012

Kuching, Sarawak for the first time! :) - 2

Assalamualaikum ^^


sambungan dari entry ini... tapi aku dah malas nak cerita. dah la sambungan pun bapak lama nak sambungnya. haha! dasar pemalas~


ni gambar hari ke-2 aku kat Sarawak.







ni la ayam pansoh. gambar pelayan tu keluarkan ayam dari buluh tak sempat nak snap sebab aku pun khusyuk tengok dia keluarkan ayam tuh. haha.. jakun :D



ni nama restoran tu. rasanya agak pemes kowt tempat ni..



ayam pansuh sedang dimasak. dalam dia ada 7 jenis ulam (daun) yang antaranya hanya terdapat di Sarawak. kat Ipoh takde ye. ni orang yang buat ayam pansuh tu cerita. hehe :B






lepas habis makan balik hotel tidok. haha! then keesokan harinya (last day), pagi-pagi dah check out. flight pukul berapa entah. aku pun dah lupa tapi yang pasti siang hari la. dalam pukul 2 ke 3 camtu. haha. dasar nyanyuk.



lepas check out terus pergi tempat ikan masin. tumpuan utama kata mereka. U.I.T.M - usahawan ikan terubuk masin. aku mati-mati ingat pengusaha tu lepasan UITM. hahaha!


kakak aku jek borong benda alah ni. aku takde maknanya nak beli benda-benda camni..









lepas habis beli ikan masin, kitorang shopping for the last time kat area waterfront. beli cenderahati pe semua. aku beli keychain Sarawak jek kat member-member. member kampung beli telekung. hehe. tak tahu aku nak beli apa dah. aku ada beli biskut Sarawak. apa nama dia entah. aku bagi Mastura Zahari. hehehe..


habis jalan terus siap sedia nak balikkkkk~ sekejap jek rasa. lepas tengok gambar baru tahu aku punya flight pukul 2 ke pukul 1? haha.


biasa lah orang first time naik flight. kalau boleh semua benda dalam flight tu aku nak snap. tapi masih mampu mengawal perasaan. insyaAllah ada rezeki naik lagi. tapi serius aku rasa pasni kalau boleh aku nak elakkan naik flight la sebab kecut perut aku weyhhhhhhhh!! takot!!! :s




abang azrul, kaknyah, harraz, aku :)




kaknyah and aku.




lepas lebih kurang 1jam setengah dalam flight, kami pun sampai ke darat. haha! nak cerita lebih lanjut malas taip tapi yang pastu aku sempat shopping dalam flight. beli milo panas, mouse airasia, and comfort set. tu kakak aku punya. hahaha :D


nak tunjuk lagi sekali ke'batak'kan aku. dengan troli bagasi pun boleh posing. hahaha. yang kotak kaler coklat tu kek lapis. banyak jugak shopping kek lapis. gambar takde sebab masing-masing sibuk shopping kek lapis. serius kenyang duduk dalam kedai tu sebab semua kek korang boleh rasa. yang cheese-cheese paling enak la . keh3 :D



segala bagasi dan hasil shopping :D






aku kira-kira dalam RM700 jugak aku habis pergi Sarawak ni. nak kata shopping banyak aku tak nampak sangat apa benda aku shopping. hahaha! aku beli 2 helai kain sulam, telekung, t-shirt Sarawak untuk aku. hehe. best o0o0o tengok kain sulam-sulam dia. semua cantik-cantik. hehe.



at last, tamat jugak kisah Sarawak. haha! apa yang pasti, banyak tempat patut aku pergi tapi tak pergi. maklum lah kalau jalan dengan orang yang tujuan utama nak shopping, memang aku pun tak kemana la jawabnya. huhu~ ada rezeki pergi lagi. naik tongkang bole? hahahaha!




* sedih kan bila orang yang kita pernah tolong bila dia susah tapi langsung tak membantu bila kita susah. aku doa ko sedarlah yang ko takkan bahagia makan duit haram. tak payah berdoa untuk kebahagiaan lah wahai lelaki.




-

2 comments:

GEMUKituMENARIK said...

aiyoo bestnya (=

nasi ada ayam tu nampak sedap dan sy sdg lapar . huhu . apa nama makanan tu ?

syuE said...

laaa.. nasi ayam penyet.. keh3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...